TERKINI!

Mu'adz Cuba Kelainan Yang Baru

Lama menyepi tanpa album bukan bermakna tidak aktif dalam bidang nyanyian. Bak kata pepatah Melayu, diam-diam berisi. Itulah gambaran yang mampu diberikan buat Mu'adz Dzulkefly.

Beliau yang suatu ketika dahulu terkenal dengan lagu berdasarkan hadis, kini tampil dengan buah tangan terbarunya, Rindukan Cahaya. Album kedua Mu'adz ini nyata amat berbeza dengan album pertamanya, al-'Asr...A Moment pada tahun 2006.

Album Rindukan Cahaya kali ini mengetengahkan konsep yang lebih moden. Istilah mudah, nak kata terlalu nasyid,tak juga. Muzik kesemua lagu dalam album ini lebih bersifat genre soul dan jazz, namun masih mengekalkan lirik ketuhanan.

Selain itu, album ini juga menggunakan khidmat Noe dari kumpulan Letto sebagai penulis lirik kesemua lagu manakala bagi komposernya pula, menggunakan khidmat Noe dan Widi (Letto). Malah rakaman album ini juga turut dibuat di Jogjakarta, Indonesia.

cover album Rindukan Cahaya
Sambutan awal terhadap album ini nyata menggalakkan apabila single pertama dalam album ini, Sambutlah, mendapat tempat di hati peminat. Lagu Sambutlah merupakan lagu 'bonus' ketika Ramadhan.

Menggunakan khidmat Alibi Music Sdn Bhd sebagai label untuk album kali ini, Rindukan Cahaya mengandungi 5 buah lagu dan 3 buah lagu instrumental. Lagu yang terdapat dalam album ini ialah Kepada Hati, Rindukan Cahaya, Ampunan, Ketika Mencinta, dan Sambutlah. Manakala 3 buah lagu instrumental ialah Rindukan Cahaya, Ampunan, dan Ketika Mencinta.

gaya bersahaja Mu'adz satu daya tarikan
Komen tentang album Rindukan Cahaya, rasanya album ini adalah antara album berunsur dakwah terbaik bagi tahun 2013. Daya tarikan serta susunan muzik dan cover album memang sesuatu yang cukup menarik, menepati selera belia. Malah tindakan Mu'adz berkolaborasi dengan Noe (Letto) adalah satu langkah bijak. Keterbukaan inilah yang dicari dalam memajukan irama berunsur dakwah!

Jika selama ini anda tercari kelainan dalam irama nasyid, album Rindukan Cahaya adalah jawapan terbaik untuk anda! Album ini boleh didapati di kedai-kedai muzik berhampiran atau boleh beli 'direct' di laman Facebook Mu'adz.

Facebook:  Mu'adz Dzulkefly

1 komentar:

  1. Assalamualaikum,

    suara nya memang unik...
    suka lagu2 yg berunsurkan islamik..Alhamdulillah .

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda