Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

15 August 2013

Keistimewaan Warna Hijau Menurut Islam

Hijau merupakan warna yang cukup sinonim dengan agama Islam. Keistimewaan warna hijau bukan sekadar bicar di bibir malah ia tercatat dalam al-Quran dan hadis.

Ada banyak perkataan hijau di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.

1. Surah Ar-Rahman : Ayat 76
“Penduduk syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar Yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani Yang sangat indah”

2. Surah Al-Insan : Ayat 21
“Mereka di Dalam syurga memakai pakaian HIJAU Yang diperbuat dari sutera Halus dan sutera tebal serta mereka dihiasi Dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka Dengan sejenis minuman Yang bersih suci”

3. Surah Al-Kahfi : Ayat 31
“Mereka itu, disediakan baginya syurga Yang kekal, Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka Dihiaskan di dalamnya Dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian HIJAU dari sutera Yang nipis dan sutera tebal Yang bersulam; mereka berehat di dalamnya Dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). demikian itulah balasan Yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya”

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman, tenang & selesa.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.

Sumber: Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz, Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages