Terkini!

Kisah Ahmad Ammar Dan Jihad Ilmu


Tersebar luas mengenai kisah hidup Almarhum Ahmad Ammar, seorang pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Turki. Malah namanya sekelip mata menjadi sebutan bukan sahaja masyarakat Malaysia, malah masyarakat Turki dan dunia Islam menyanjungi Almarhum atas sikap keperibadian dan semangat yang ditunjukkan oleh beliau.

STUDIOKINI cuba mencari pelbagai maklumat mengenai Almarhum dan secara peribadi, pemergian Almarhum sedikit sebanyak membuka minda masyarakat kita bahawa jihad dan darjat syahid tidak semestinya melalui mengangkat senjata.

SIAPA AHMAD AMMAR?

Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, merupakan pelajar Malaysia yang menuntut di Turki.Beliau dilahirkan pada tahun 1993 dan meninggal dunia dalam usia 20 tahun. Almarhum merupakan seorang pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul.

Dilahirkan sebagai anak lelaki tunggal dan anak keempat kepada Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sebelum melanjutkan pelajaran ke Turki, Almarhum juga merupakan merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja. Setelah tamat SPM, beliau memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

SEMANGAT AHMAD AMMAR DI TURKI

Usia muda bukan penghalang buat Almarhum untuk menuntut ilmu. Beliau mengambil peluang dalam usia muda ini mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria.

Ketika menyertai misi kemanusiaan, Ahmad Ammar berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

PEMERGIAN AMMAR DAN KEISTIMEWAAN JENAZAH BELIAU

Hasrat Ammar untuk syahid di Syria tidak kesampaian. Tanggal 2 November 2013 (Sabtu), beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Ketika melintas sebatang jalan raya, Ammar telah dirempuh oleh sebuah ambulans. Kejadian tersebut meragut nyawa Almarhum buat selama-lamanya.

wajah Almarhum Ammar berseri
Ketika jenazah dimandikan dan dikafankan, wajah beliau berseri dan kelihatan senyum. Malah air titisan peluh masih mengalir di wajahnya, seolah beliau masih hidup. Ulama menyatakan beliau telah syahid berdasarkan tanda-tanda tersebut yang disandarkan kepada beberapa dalil.

Jenazah beliau diberi penghormatan yang tinggi. Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

NATIJAH PEMERGIAN AMMAR

Pemergian Ammar membuka mata kita untuk memikirkan tentang skop jihad yang luas. Ya, ramai antara kita masih berfikiran paranoid apabila menganggap jihad hanya melalui senjata, kekerasan dan peperangan. Malah pemikiran sebegitu pada hakikatnya merugikan ummah itu sendiri.

Pemergia Ammar (insyaAllah syahid) menjadi saksi bahawa beliau telah melakukan satu jihad yang besar dalam menuntut ilmu disamping menyumbang tenaga untuk ummah walaupun melalui bantuan kemanusiaan. Semangat ini wajar dijadikan contoh generasi remaja kita. Matlamat syahid boleh dicapai oleh sesiapa sahaja.

GAMBAR PEMERGIAN AMMAR





Buat Ammar, moga berbahagia kamu di sana bersama bidadari.

sumber asal: Melvister.Com

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda