Di keheningan malam,
Tafakur ku di kesyahduan,
Merinduimu janjiMu Tuhan,
Bantuan di perjuangan.
Hah! Mesti pernah dengar lagu inikan. Lagu berjudul Tafakur ini acapkali kedengaran di corong-corong radio dan TV suatu ketika dahulu.
Zikraa pernah menerbitkan album bersama Marzuq Production pada tahun 1997 berjudul Tafakur. Album tersebut menampilkan 3 artis undangan iaitu Ust Amaluddin, Ust Hasnul Jamal (Diwani),dan Hairul Anwar.
Pada tahun 1999,Zikraa telah membuat repackaged album tersebut dan album tersebut diedarkan oleh Ambang Klasik. Ketika inilah nama Zikraa mula dikenali.
Malah ketika itu,Zikraa berusaha menukar nama kumpulan kepada Tafakur. Liputan media juga amat memberansangkan.
Namun kegawatan ekonomi serta persaingan sengit dalam industri nasyid menyebabkan Zikraa tenggelam.
![]() |
| Antara album Zikraa |
ZIKRAA GENERASI 3
Pada awal tahun 2013,vokalis utama Zikraa,Mohamad Dom telah kembali ke rahmatullah. Sejak itu, perjuangan Zikraa menerusi generasi ketiga (Zikraa 3) diambil alih oleh anak Mohamad Dom, Mohd Khairullah.
Menariknya,Zikraa generasi 3 ini turut menampilkan Muhammad Radhi yang merupakan Naib Juara Bintang P.Ramlee Kebangsaan 2014.
Selain Khairullah dan Radhi,Zikraa kini turut dianggotai Azuwan, Saifen dan Abshar. Sebagai permulaan, mereka yampil dengan album kompilasi berjudul Cinta Abadi.
![]() |
| Album Cinta Abadi |
Album ini diterbitkan oleh Norhayati,isteri Allahyarham Mohamad Dom melalui syarikatnya, Yatidom Enterprise.
![]() |
| Antara persembahan Zikraa 3 |
Selain itu,Zikraa juga mula bersaing di Carta Nasyid Melaka.fm melalui lagu Bulan Bintang. Moga generasi 3 Zikraa dapat mengembalikan nostalgia kegemilangan Zikraa yang lalu. - STUDIOKINI







No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.