TERKINI!

Greatest Hits UNIC Yang Memang Hits!

UNIC, satu nama yang tak perlu nak diperkenalkan lagi dalam industri nasyid Malaysia. Selepas kejayaan meraih Naib Juara Lagu Terbaik Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 menerusi lagu Seiring Sehaluan, kini UNIC tampil dengan sebuah kompilasi baru mereka, Greatest Hits.

Album ini merupakan kompilasi dari UNIC yang memuatkan 17 tracklist termasuk 6 bonus track. Lagu-lagu lama yang terkandung dalam album ini ialah Hijrah (album Hijrah), Ikramul Kareem (ft. Imam Muda 3) (album Doa), Sangkar Hati (album Hijrah), Ubatan Hakiki (ft. Fadzli Far East) (album Hijrah),  Atas Nama Cinta (album Tika Itu), Menuju Wawasan (album Hijrah),  Iqra' (album Special Edition), Seiring Sehaluan (album Special Edition), Bintang Syurga (ft. Raqib Majid), Langkah Tercipta (album Langkah Tercipta), Warkah Cinta (ft. Imam Muda Nazrul), dan Solatlah Wahai Permata Hatiku (album Hijrah).

Manakala 6 tracklist baru pula ialah Syamail Muhammadiah (lagu tema Syamail Kesempurnaan Rasulullah), Pesona Ramadhan (ft Simfoni), Maha Suci Allah (ft. Amer Almawlid), Binnabil Huda "France Edition" (ft Mounir Le Rappel) dan Seindah Sabar.

ULASAN 6 BUAH LAGU BARU

1. Syamail Muhammadiah : Alunan muzik lagu ini memang menusuk kalbu. Kreativiti Bazli UNIC selaku penulis lirik dan komposer memang tak boleh nak dinafikan. Lirik yang penuh pujian buat Rasulullah S.A.W memang kena dengan alunan muzik yang mendayu. Perasaan rindu akan Rasulullah juga boleh terbangkit mendengar alunan lagu ini.

2. Pesona Ramadhan (ft Simfoni) : Lagu ini mungkin lebih menarik jika didengar menjelang ketibaan bulan Ramadhan. Namun tak salah naikkan semangat awal. Lagu yang menarik, rancak. Jarang artis terbitkan lagu untuk Ramadhan. Yang banyak, tema sudah pasti Aidilfitri.

3. Maha Suci Allah (ft Amer Almawlid) : Susah nak dengar UNIC bawa lagu berentak R&B. Tapi menerusi lagu ini, UNIC nyata  berjaya! Vokal harmoni memang mantap. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amer berkisarkan tentang pujian buat Allah serta Rasulullah.

4. Binnabil Huda "France Edition" (fet Mounir Le Rappel): Binnabil Huda versi France ini merupakan kolaborasi antara UNIC dengan penasyid dari Perancis, Mounir Le Rappel. Difahamkan idea penerbitan lagu ini datang dari Mounir sendiri yang begitu kagum dengan alunan Binnabil Huda versi asal ciptaan Bazli. Versi Perancis memang best.

5. Seindah Sabar: Lirik ciptaan Fedtri Yahya semua maklum akan penuh dengan gaya bahasa yang puitis. Lirik lagu ini berkisarkan tentang kesabaran yang perlu ada dalam diri manusia ketika diuji. Lagu ini didedikasikan buat Malaysia atas ujian demi ujian berlaku sepanjang tahun 2014. 5 bintang untuk lagu ni.

PELANCARAN ALBUM GREATEST HITS UNIC

Pelancaran album bersama wakil Warner Music.
 Ihsan gambar: Nasyidfm
Untuk pengetahuan umum, album Greatest Hits UNIC ini telah dilancarkan pada 17 Mac 2015 di 
Restoran Zam-Zam & Satay Club, Bandar Utama, Damansara, Selangor.

Fedtri Yahya dan Imam Muda Najdi turut hadir.
Ihsan: FB Fakhrul UNIC
Pada majlis itu, beberapa orang selebriti turut hadir. Antaranya ialah Fedtri Yahya, Imam Muda Najdi, Salima, Kumpulan Al-Manna, Ust Syed Abdul Kadir Aljofree dan ramai lagi.

Album Greatest Hits ini difahamkan akan berada di pasaran awam bermula 1 April 2015. Namun bagi pembelian secara terus, UNICDOTMY menyediakan ruangan pembelian secara online di laman web UNIC My Shop serta talian WhatsApp. Usaha ini dibuat sebagai langkah memastikan peminat dapat membeli album syang original.

Secara peribadi, memang album ini tak mengecewakan. Syabas UNIC! - STUDIOKINI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda