Masih ingatkah pada Mel,bekas vokalis Wings? Semasa menggantikan Awie dalam Wings dulu, Mel cukup dikenali melalui lagu Lena Diulit Mimpi.
Setelah menyepi beberapa ketika, Mel akhirnya tampil dengan album terbaru, Keampunan.
Album ini memuatkan 12 buah trek. Dimulai dengan trek Keampunan, lagu ini antara pilihan penulis. Cukup ngan dengan konsep terkini Mel. Lagu berentak balada ini ditambah dengan lirik yang cukup syahdu.
Selain itu,bagi lagu Ulama Ikutan pula, muziknya sangat santai. Lagu ini lebih menceritakan kisah para ulama terkenal yang perlu diikuti. Muzik ala-ala folk music.
Bagi lagu Dunia Baru pula, ia lebih kepada satu harapan agar muncul dunia baru yang lebih baik.
Album Keampunan juga turut memuatkan 2 buah lagu duet iaitu Kasih Sayang (feat Hasnul Diwani) dan Rasul Pilihan (feat Sham Kamikaze).
Lagu-lagu lain ialah Menagih Kasih, Perjuangkan Kasih Sayang, Tuhan, Agungkan Tuhan, Huru Hara, Kembalinya Pasti dan Mankind.
Uniknya,semua lagu dalam album ini disampaikan dengan muzik santai. Malah liriknya memang 'direct to the point'.
Album ini diterbitkan oleh Sufi Kecil Production dan diedarkan Inteam Records serta Sony Music.-STUDIOKINI
Post Top Ad
Your Ad Spot
19 September 2015
Mel Santai Dalam Lagu
Tags
album#
berita#
hijrah#
Share This
About Fahmi Radzi
hijrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
WARTAKOPI merupakan portal berita yang memaparkan perkembangan semasa hiburan positif, isu semasa, dan info-info pilihan.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.