Terkini!

Siti Nordiana Buat Album Anakku Sayang

Penghijrahan untuk berhijab tak menghalang kerjaya seni buat Siti Nordiana. Setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang album, Siti Nordiana kini tampil dengan sebuah album dakwah berjudul Anakku Sayang.

Ibu kepada Muhammad Rayyan Nakhaie ini tekad untuk menerbitkan album kekeluargaan ini setelah dilamar oleh Hafiz Hamidun melalui syarikat Arteffects International.

Menurut Kosmo, Siti Nordiana atau Nana tidak menunggu masa yang lama apabila ditawarkan merakamkan album ini.

“Apabila Hafiz Hamidun mahu menerbitkan sebuah album kerohanian, saya terus bersetuju,” katanya yang menyifatkan Anakku Sayang merupakan sebuah album yang sesuai dengan peningkatan usianya sepanjang mengemudi karier sebagai penyanyi.

 Menurut Nana, album yang turut sesuai didengar oleh seisi keluarga itu dirakamkan hanya dalam tempoh dua hari.

 “Saya beruntung kerana Hafiz telah menyusun muzik untuk kesemua lagu sebelum saya masuk ke dalam studio.Jadi, album ini merupakan antara album yang paling cepat dirakamkan sepanjang tempoh bergelar penyanyi,” katanya.

Album Anakku Sayang mengandungi lapan buah lagu. Antaranya ialah Tiada Tuhan Selain Allah, Anakku Sayang, Dodoi Si Dodoi, Hati Ibu dan Buai Laju-Laju.

Album ini merupakan album keenam dan album dakwah pertama buat Nana.  Dapatkan dipasaran sekarang. -STUDIOKINI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda