Terkini!

Qathrunnada Bercerita Kisah Rasulullah Dalam Album

Sejak kemunculan semula kumpulan Qathrunnada, kumpulan ini semakin aktif menerbitkan karya-karya baru. Setelah muncul dengan album kedua, Dengan RahmatMu, nama Qathrunnada kembali dalam arena hiburan Islami.

Kunpulan yang pernah terkenal dengan lagu Cinta Agung ini mengambil kesempatan kemunculan semula mereka dengan menerbitkan album keempat mereka, Ya Rasulullah. Album ini merupakan terbitan dari label mereka sendiri, Qathrunnada Entertainment.
Album Ya Rasulullah boleh diibaratkan satu album cerita yang memaparkan kisah-kisah ringkas perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. 

Dengan menggunakan konsep cerita yang berselang-seli dengan alunan marhaban,qasidah dan nasyid, album ini sedikit sebanyak mampu memberi didikan ringkas kepada pendengar tentang Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Rasulullah diterbitkan pada sambutan Maulidur Rasul 1437H yang lalu. Majlis pelancaran telah diadakan di Dataran Nusani Biz, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Ketika pelancaran dan sambutan Maulidur Rasul 1437H
Pada majlis sambutan tersebut, Qathrunnada telah mengadakan persembahan dari siang hingga ke malam. Tujuannya adalah untuk meraikan hari kelahiran Junjungan Mulia.

QATHRUNNADA MASIH KEKALKAN NASYID PERKUSI

Bila mendengar album ini, teringat tentang kumpulan NadaMurni pada era 1990-an dahulu. Ketika itu, kumpulan tersebut tak kering idea untul menerbitkan pelbagai album yang mengandungi mesej-mesej berguna.
Kulit album Ya Rasulullah
Qathrunnada dilihat sebagai antara kumpulan nasyid yang masih mengekalka elemen muzik perkusi dicampur alat muzik moden. Gabungan ini menjadikan Qathrunnada sebagai kumpulan nasyid yang 'sebenar'.

Tak banyak artis nasyid yang membawa genre nasyid perkusi. Kelainan Qathrunnada ini boleh mengubat kerinduan peminat nasyid terhadap kumpulan-kumpulan nasyid perkusi seperti NadaMurni, The Zikr, As-Shoff dan lain-lain semasa era Jemaah Al-Arqam gemilang.

Untuk mendapatkan album ini, boleh hubungi Qathrunnada sendiri di laman Facebook mereka. Album ini sesuai buat pendengar yang meminati irama nasyid, marhaban dan qasidah. Harga untuk album ini ialah RM20 sahaja. - WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda