Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

13 February 2016

Garis Takdir Fitri Haris

Masih ingat dengan vokalis utama kumpulan UNIC dulu? Selain Bazli, vokalis utama kumpulan tersebut adalah Fitri Haris.


Selepas mengundurkan diri dari UNIC, Fitri Haris tetap aktif dalam dunia hiburan. Beliau aktif menerbitkan album-album berkonsepkan selawat dan zikir.

Album selawat pertamanya adalah Selawat, diikuti dengan -Selawat dan Zikir, Zikir Terapi Munajat (keluaran Arteffects) dan Qasidah Akustika (Ya Habibi).

Setelah sekian lama menunggu album penuhnya,akhirnya tahun 2016 jadi saksi dengan lahirnya album Garis Takdir.

Album ini mengandungi 10 tracklist lagu yang sememangnya mantap iaitu Garis Takdir, Epilog Seorang Manusia, Segala Puji, Gapai, Munajat Hati, Tekad Diri,  Airmata Mujahidin, Sedar, Nuzul Furqan, dan Cinta Hakiki.

Pemilihan lagu untuk album amat sesuai dan santai. Yang paling best,kekuatan vokal Fitri yang tak berubah.

Album Garis Takdir turut menampilkan beberapa artis undangan seperti Hafiz Urdu, Shahril dan Epy Shafik.

Untuk pengetahuan peminat,kesemua mereka pernah bergabung bersama Fitri melalui projek Fitri's Clique.

SEBAB JUAL ALBUM SECARA FIZIKAL

Faktor ekonomi dan cetak rompak sememangnya menjadi antara sebab utama artis-artis enggan mengedarkan album nasyid melalui pihak ketiga.

Namun bagi pengurusan Fitri, faktor merapatkan hubungan dengan peminat dijadikan sandaran untuk menjual album secara terus kepada peminat.

Selain itu, Fitri turut menjual album dalam bentuk fizikal sahaja bagi mengelakkan albumnya di cetak rompak dalam bentuk digital.
Cara dapatkan album Garis Takdir

Album Garis Takdir sudah berada di pasaran. Album terbitan Niyat Edutainment dengan kerjasama De Firdausi Entertainment ini boleh didapati melalui Facebook rasmi Fitri Haris.

Sumber gambar:
1. Facebook Fitri Haris
2. Facebook Kami Pencinta Nasyid

- STUDIOKINI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages