TERKINI!

Munada Fokus Muzik Nasyid Dan Dakwah

Tampil kelainan dalam arena muzik salah satu nilai tambah untuk memperkenalkan bakat kepada umum.

Dalam genre lagu ketuhanan dan nasyid, kelainan itu satu keperluan baru bagi memastikan mesej lagu yang dibawa, sampai kepada kumpulan sasaran.

Bagi Munada, mereka memilih genre nasyid ketuhanan secara kontemporari dan busking.

Munada yang dianggotai 6 orang ahli ini, mahu aktif memenuhi undangan majlis serta penganjuran festival untuk mencari peluang busking.

Perjuangan Munada sememangnya serius. Setelah bertahun-tahun ditubuhkan, akhirnya pada awal Mac 2016 Munada tampil dengan album sulung mereka.

Album sulung ini adalah kesinambungan daripada penerbitan single pertama, Mengharap Damai yang mendapat sambutan di laman Youtube.

“Lagu ini telah direkodkan pada bulan Ramadan lalu. Liriknya menceritakan tentang penderitaan dihadapi umat Islam di Palestin dan tempat lain akibat kezaliman rejim Yahudi. Selain itu, lagu ini juga mengajak agar umat Islam di seluruh dunia tidak putus menghulurkan bantuan dan doa kepada Allah SWT bagi membantu saudara seagama mereka,” kata salah seorang ahli Munada. (Sumber: Utusan).

Mengenai album sulung mereka, Munada menggunakan nama Muzik Dakwah Nasyid sebagai judul album sulung mereka. Judul ini merupakan gabungan yang membentuk akronim nama Munada.

Album sulung Munada siap dicetak. Sumber : FB Munada

Berbekalkan bajet sendiri, hampir semua lagu dalam album ini hasil karya mereka sendiri. Album ini diterbitkan secara indie.

Tracklist album ini ialah Instrumental Balada Selawat, Mengharap Damai, Bukan Kerna Nama, Instrumental I'tiraf, Kembara Dunia, Jagalah Dirimu, Instrumental Hasbi Rabbi, Sahabat, Instrumental Mengharap Damai, Tuhanku (Yang Satu) dan Instrumental Mistik (Bonus track).

 Walaupun diterbitkan secara indie,tapi susunan muzik dan kekuatan vokal Munada boleh dikatakan setanding artis mainstream. Untuk dapatkan album Munada, boleh layari Facebook rasmi. -WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda