Terkini!

Kekalahan DAP Di DUN Meradong Satu Kejutan

Kekalahan mengejutkan DAP di lima buah kerusi DUN dalam pilihanraya Sarawak 2016 merupakan isyarat buat parti itu untuk tidak terlalu mengejar bilangan kerusi yang perlu ditandingi.

DAP Sarawak bukan sahaja kehilangan lima kerusi DUN kaum Cina malah gagal meraih sebarang kerusi Bumiputera.

Paling mengejutkan, kekalahan Ting Tze Fui di DUN Meradong.

Kehilangan kerusi Repok, Batu Kawa, Dudong dan Piasau tidak mengejutkan sangat kerana empat kerusi DUN tersebut baru ditawan DAP selama sepenggal yang lalu dalam pilihanraya Sarawak 2011.

Namun kekalahan Ting Tze Fui boleh dikatakan satu kejutan. Beliau telah memegang DUN Meradong sejak tahun 2006 yang lalu. Pada tahun 2006, Ting mendapat undi sebanyak majoriti 3578 undi dan menjadikannya sebanyak satu-satunya ADUN wanita termuda di DUN Sarawak ketika itu.

Rekod kejayaannya diteruskan lagi pada pilihanraya Sarawak 2011. Beliau menang dengan majoriti 2687 undi.

Sepanjang rekod dua penggal, peguam ini dikenali sebagai seorang yang lantang dalam DUN Sarawak. Antaranya ialah membangkitkan isu rakyat setempat, terutamanya melibatkan isu geran tanah dan kemudahan asas, malah tidak lokek mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membantu rakyat.

Beliau juga lantang dan menyokong usul supaya Kerajaan Persekutuan meningkatkan royalti minyak kepada negeri Sarawak, selain membantah pelaksanaan GST.

Kepedulian dan kelantangan wanita gigih ini pernah menyebabkan beliau dilarang masuk dan ditutup mikrofon oleh Speaker Dewan, dan tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Majlis Daerah hanya kerana suaranya yang ditakuti BN.

Malah sepanjang perkhidmatannya di Meradong mulai 2006, banyak perubahan telah berjaya dilakukan seperti menaiktaraf kemudahan awam, memansuhkan tol Jambatan Lanang dan mengekalkan peruntukan kerajaan untuk kawasannya.

Justeru kekalahannya amat mengejutkan. Malah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (2013), DAP berjaya merampas Parlimen Sarikei. Untuk pengetahuan umum, DUN Meradong terletak di bawah Parlimen Sarikei.

Pukulan maut 10% undi Cina buat DAP di seluruh Sarawak untuk tahun 2016 nyata memberi impak kepada kekuatan DAP di DUN-DUN yang dimenangi. Penurunan peratus keluar undi juga menyumbang kepada kekalahan DAP termasuk di Meradong.

Walaupun analisis yang dibuat namun rakyat sudah membuat keputusan. Yang pasti, kehilangan lima DUN terutama DUN Meradong perlu dijadikan buat DAP supaya jangan terlalu mengejar kuasa politik sehingga menyebabkan rakyat bosan dengan corak politik mereka.

Untuk rekod, DUN N46 Meradong mempunyai 55 peratus pengundi berketurunan Cina, 41 peratus Iban, 3.2 peratus Melayu dan Melanau serta 0.8 peratus lain-lain, dengan jumlah keseluruhan yang layak mengundi seramai 16,882 pemilih. - WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda