Menurutnya, konsep inspiritual music diambil sempena dengan gabungan inspiration + spiritual= inspiritiual. Konsep muzik ini juga dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah semasa dia menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam dalam bidang Bachelor of Music Composition.
Kemunculan pertamanya dalam dunia seni bermula sekitar tahun 2012 dengan menampilkan single pertamanya, Just Keep Believing, yang dimuat nait dalam laman video Youtube.
Pada tahun 2016 ini, Ammar Hamdan atau nama sebenarnya, Muhammad Ammar Hamdan, tampil dengan album sulungnya, Chase That Dream.
Album jejaka mirip keturunan Arab ini mengandungi 8 buah trek, iaitu 5 buah trek bahasa Inggeris dan 3 trek bahasa Malaysia,
Tindakan Ammar Hamdan menampilkan lebih banyak lagu bahasa Inggeris berbanding bahasa Malaysia dilihat satu tindakan berani dan bijak. Dengan konsep muzik yang baru, tindakan Ammar ini mampu membolehkannya menembusi pasaran antarabangsa.
Lagu yang terdapat dalam album ini ialah Princess of My Heart, People of Gaza, Chase That Dream (feat Sleezy Moss), Izinku Kembali. Puteri Hati, Journey of This Life, Dengan NamaMu, dan O Beloved Muhammad. Semua lagunya cukup berkualiti dan bukan kategori tangkap muat.
Vokal yang mantap serta kefasihannya berbahasa Inggeris menyebabkan setiap trek dalam album ini tidak membosankan.
Menyentuh sedikit tentang pengalaman Ammar Hamdan, dunia nasyid bukan perkara baru baginya.
“Sekolah Menengah Kebangsaan Mahaad Hamidiah merupakan permulaan tapak saya bergiat dalam bidang nyanyian.Saya merupakan generasi ke-14 kumpulan Mirwarna yang juga perintis kepada kumpulan tersebut,” tambah Ammar yang dipetik dari blog Jurnalis Shah Alam.
Bernaung atas syarikat sendiri,Ammar Hamdan Global Music Centre, album Chase That Dream diedarkan oleh syarikat Warner Music (M) Sdn Bhd. Album ini boleh didapati di kedai-kedai muzik atau belian secara terus melalui laman Facebook Ammar Hamdan. - WRTKP
*sumber gambar: Facebook Ammar Hamdan
Bernaung atas syarikat sendiri,Ammar Hamdan Global Music Centre, album Chase That Dream diedarkan oleh syarikat Warner Music (M) Sdn Bhd. Album ini boleh didapati di kedai-kedai muzik atau belian secara terus melalui laman Facebook Ammar Hamdan. - WRTKP
*sumber gambar: Facebook Ammar Hamdan




album ni mmg best. xrugi beli album ni. nasyid dia mmg padu habiss
ReplyDelete