Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

08 June 2016

Kita Da'i Gabung Otai Nasyid


Suatu masa dahulu, mereka pernah bernaung di bawah satu label iaitu Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB). Boleh dikatakan era kemunculan barisan artis HRSB merupakan era baru bagi genre nasyid di Malaysia. Hampir setiap tahun akan ada produk-produk dari barisan artis HRSB.

Antara barisan artis keluaran HRSB ialah Inteam, UNIC dan Mestica. Setelah beberapa ketika bernaung di bawah HRSB, barisan artis ini membawa haluan mereka untuk maju setapak demi setapak.

Di bawah HRSB, Inteam sempat merakamkan empat buah album, UNIC pula sempat merakamkan lima buah album manakala Mestica sebanyak 3 buah album. Suhaimi Saad pula merupakan anggota asal Inteam, sempat merakamkan sebuah album solo bersama HRSB.

Walaupun tidak lagi berada di bawah satu bumbung, tapi itu tak menghalang untuk mereka bergabung tenaga dalam sebuah single terbaru, Kita Da'i.

Kita Da'i menggabungkan vokal daripada 5 otai nasyid terkenal iaitu UNIC, Suhaimi Saad, Hazamin (Inteam)< Razin (Mestica), dan Hafiz Hamidun.

KITA DA'I MESEJ UNTUK PENDAKWAH


Kita Da'i merupakan cetusan muzik daripada Bazli UNIC manakala liriknya ditulis oleh Fetri Yahya. Proses rakaman lagu ini telah dijalankan di UNIC Soundroom.

Menyentuh mengenai lagu ini, Kita Da'i mengisahkan tentang tugas serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang pendakwah (Da'i). Dalam konteks Islam, setiap Muslim merupakan pendakwah yang wajib menyebarkan dakwah mengikut ilmu dan bidang masing-masing.

Nilai utama yang ditekankan dalam Kita Da'i adalah ikhlas tanpa mengharapkan apa jua balasan atas apa yang dikerjakan.

Justeru, Kita Da'i kalau dihayati dengan mendalam, ia membawa mesej jelas buat setiap pendakwah agar menggunakan pendekatan berhikmah supaya apa yang disampaikan, dapat diterima dengan jelas dan mudah. - WRTKP

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages