Terkini!

Tilmiz Muncul Semula


Pendidikan rohani merupakan aspek penting bagi perkembangan awal kanak-kanak. Pelbagai cara boleh digunakan dalam memudahkan pendidikan rohani dapat disampaikan dengan baik. Antara kaedah yang sesuai ialah pendidikan dalam hiburan (edutainment).

Bagi Tilmiz, konsep edutainment dianggap satu konsep terbaik kepada kumpulan sasaran utama mereka iaitu kanak-kanak.

Setelah hampir lima belas tahun namanya menyepi, kini Tilmiz tampil dengan album terbaru, Salam & Doa. Album ini merupakan sebuah projek terbaru terbitan Inter Caliphs Studio.

Dalam album Salam & Doa ini, Tilmiz turut bergandingan bersama kumpulan Du'a dan Ustaz Amal dalam beberapa buah lagu. 

Album ini mengandungi 9 buah trek iaitu Tebarkan Salam, Sebaik Waktu, Sahabat, Doa Hujan, Taman Syurga, Solatullah, Doa Kesejahteraan Ibu Bapa, Doa Penerang Hati dan Doa Kesejahteraan Dunia Akhirat.

Semua lagu ini merupakan hasil sentuhan Ustaz Amal selaku penerbit album.

LIMA TAHUN USIA TILMIZ

Nama Tilmiz bukanlah nama baru dalam hiburan nasyid Malaysia. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2000 di bawah bimbingan Ustaz Amal. Album pertama mereka ialah Doa, terbitan Muazzin Productions.
Tilmiz Generasi 2000.

Pada awal kemunculan Tilmiz, lagu-lagu kumpulan ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Konsep doa harian dalam hiburan membolehkan lagu-lagu mereka digunakan dalam dunia pendidikan. Tilmiz juga turut tampil dengan konsep animasi ketika itu. Malah lagu-lagu mereka sering kali ditayangkan di kaca televisyen sekitar tahun 2000.

Ketika itu, Tilmiz dianggotai lima anggota iaitu Asad, Ajmal, Ain, Husni, Ummu dan Siti Khadijah. Dua anggota Tilmiz iaitu Asad dan Ajmal, kini merupakan ahli kumpulan Du'a. 

Asad dan Ajmal kiri anggota Du'a

Dalam projek Tilmiz generasi baru ini, Du'a memainkan peranan sebagai penyelaras vokal serta menjadi penyanyi suara latar untuk album Salam & Doa.
Album Doa dikeluarkan semula dengan judul baru, Dalam Doa.

Selain album Salam & Doa, Tilmiz turut menerbitkan semula album sulung Doa mereka dengan menggunakan judul baru,Dalam Doa terbitan Jom Amal Solutions.

Album Tilmiz ini boleh didapati di kedai-kedai muzik dan buku Islami seluruh negara. Bagi yang ingin membeli secara online, album ini boleh didapati melalui Inteam Mobile dan Facebook Jom Amal. -WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda