Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID Malaysia), MUNSYID Malaysia mengecam dengan tindakan cubaan rampasan kuasa tersebut. Malah MUNSYID Malaysia menyatakan kebersamaan dengan rakyat Turki.
Berikut adalah kenyataan media MUNSYID Malaysia yang diwakili Timbalan Presidennya, Muhammad Hazamin Harun (Inteam).
PENDIRIAN MUNSYID MALAYSIA TENTANG RAMPASAN KUASA TURKI YANG GAGAL
![]() |
| Kenyataan Media MUNSYID Malaysia |
Umum mengetahui bahawa kerajaan Turki hari ini telah memainkan peranan besar dalam membantu mangsa-mangsa konflik yang majoritinya umat Islam baik di Syria, Palestin mahupun Arakan (etnik Rohingnya).
Malah ada antara ahli MUNSYID Malaysia yang menyaksikan sendiri usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan dan rakyat Turki di kawasan-kawasan terbabit melalui penglibatan MUNSYID Malaysia dalam misi-misi kemanusiaan sebeum ini.
Pada masa yang sama-sama MUNSYID Malaysia memuji dan mengucapkan syabas kepada rakyat Turki yang berani menggagalkan cubaan rampasan kuasa tersebut dan memastikan Turki tetap berada di tangan pemerintahan yang sah serta dipilih oleh mereka sendiri.
Ini adalah satu sikap terpuji dan menyerlahkan kecintaan rakyat Turki kepada keamanan dan kedaulatan undang-undang sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. MUNSYID Malaysia juga ingin menyeru kepada semua pihak agar memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia Islam khususnya sentiasa terpelihara di sebalik pelbagai cabaran dan konflik yang dihadapi hari ini.
Umat Islam harus bersatu dan saling melindungi antara satu sama lain daripada sebarang bentuk ancaman. Sebagai penggiat seni, MUNSYID Malaysia akan terus menyebarkan mesej-mesej keamanan dan menjadi duta kecil umat Islam dalam menyebarkan keharmonian serta keindahan Islam itu sendiri melalui karya-karya kami.
MUHAMMAD HAZAMIN HARUN
Timbalan Presiden
MUNSYID Malaysia
- WARTAKOPI.




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.