Sekian lama menunggu kehadiran album penuh solo dari Heliza Helmi. Sejak berlalunya zaman Akademi Fantasia, Heliza Helmi lebih dikenali melalui lagu serta album kolaborasi dengan artis lain.
Bagi tahun 2016, penantian album solo Heliza berakhir. Akhirnya Heliza tampil dengan album penuh pertamanya, JOM!.
Album ini diterbitkan oleh NC Records, dengan kerjasama Heliza Helmi Productions dan Loonaq Records.
JOM merupakan himpunan zikir, lagu, doa dan selawat. Istilah JOM digunakan dalam setiap track bagi melambangkan ajakan dari Heliza buat peminat untuk menghayati Islam melalui seni dakwah.
Album ini telah dilancarkan pada 23 Julai 2016. Preview album juga turut diadakan secara live melalui laman sosial pada 23 Julai.
Album JOM menampilkan trek seperti Jom Zikir, Jom Selawat, Jom Doa, Jom Solat, Doa Memakai Pakain Baru, Doa Elak Zina, Doa Melihat Cermin, Doa Untuk Ibu Bapa, Doa Dipermudahkan Urusan, Sajak dan Lagu La Tahzan.
Album ini juga turut menampilkan adik Heliza, Hazwani Helmi, berduet dalam beberapa buah lagu.- WRTKP
Post Top Ad
Your Ad Spot
27 August 2016
JOM!: Heliza Helmi Dekati Peminat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
WARTAKOPI merupakan portal berita yang memaparkan perkembangan semasa hiburan positif, isu semasa, dan info-info pilihan.




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.