Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

27 August 2016

Infaq Lahir Dari Bumi Kinabalu

Kehadiran artis-artis nasyid sejak kebelakangan ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Walaupun genre ini seperti tidak dikomersialkan oleh media perdana seperti genre lain, namun kehadiran ramai artis nasyid baru membuktikan genre tersebut mempunyai pengikut yang tersendiri.


Infaq antara yang hadir bagi menyemarakkan lagi genre nasyid di Malaysia. Lahir di Bumi Kinabalu, kumpulan Infaq tampil dengan album sulung mereka, Proteksi.

Dianggotai oleh 3 ahli, kumpulan ini telah bergerak aktif di Sabah terutama di kawasan Tuaran.

Album sulung INFAQ, Proteksi
Sesuai dengan nama Infaq yang bermaksud memberi atau menderma, penerbitan album ini juga bertujuan untuk jualan amal kepada Sekolah Agama Rakyat Al-Hafidz, Tuaran, Sabah. Infaq merupakan Duta bagi sekolah tersebut.

Album Proteksi ini telah menjalani proses rakaman di TJC Talent Studio, Sabah. Memuatkan 10 buah lagu iaitu Hakikat Cinta, Kekasih, Perjuangan Rasulullah, Infaq, Dentuman Perjuangan, Bunga-bunga Dunia, Jiran Tetangga, Anugerah Ramadhan, INFAQ Berhari Raya dan lagu tema SERI al-Hafidz, Tuaran.

Album Proteksi sudah berada di pasaran sejak pertengahan bulan Julai 2016. Dapatkan album ini melalui laman Facebook mereka, Nasyeed Infaq.- WRTKP

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages