Antara filem yang pernah menggunakan khidmatnya ialah I'm Not Single, Syurga Cinta, Selamat Pagi Cinta, 7 Petala Cinta, 99 Kali Rindu dan Salam Cinta.
Artikel Penuh:
![]() |
| Kulit album Budi yang berimejkan pahlawan Melayu |
Setelah East dibubarkan, Daqmie menyertai kumpulan Barongan sebagai vokalis. Barongan pernah melahirkan dua buah album iaitu ASAL dan Cakap Terang. Jodoh bersama Barongan tidak kekal lama. Daqmie mengambil keputusan bergerak solo dengan konsep lagu-lagu ketuhanan.
Kemunculan solo sulungnya adalah pada tahun 2013 menerusi album Maulaya. Kekuatan vokal terutama dalam mengalunkan qasidah memberi kelebihan buatnya untuk menampilkan kelainan dalam setiap lagu.
Antara lagu yang mengangkat namanya ialah Tangisan Sebatang Tamar. Malah lagu tersebut dinobatkan sebagai Juara Anugerah Nasyid IKIM 2014.
BUDI MUNCUL SETELAH 3 TAHUN
Setelah menyepi hampir 3 tahun tanpa sebarang album, akhirnya Daqmie tampil dengan album keduanya, Budi. Album ini mengandungi 13 buah lagu yang menggabungkan 3 buah lagu baru dan 10 buah lagu lama yang pernah dinyanyikan artis-artis lain.
Tiga buah lagu baru itu ialah Jalan Syahadah, Menangislah Hati dan Sesetiamu Di Sampingnya. Lagu Jalan Syahadah bermesejkan kepada perjalanan hidup seseorang yang beriman. Manakala lagu Menangislah Hati bermesejkan keinsafan seseorang. Lagu Sesetiamu Di Sampingnya mengisahkan kasih seorang ibu.
Sepuluh buah lagu lama yang dinyanyikan semula pula ialah Sifat Mahmudah, Bersyukur, Iman dan Taqwa, Nasuha, Bersatu, Penantian, Tiada Yang Kekal, Tuhan Memanggil dan Yang Terindah (OST I'm Not Single).
Kekuatan vokal Daqmie masih sama. Memang cukup bertenaga. Cuma apabila melibatkan lagu-lagu berentak perlahan, vokal Daqmie tidak begitu diuji. Seharusnya Daqmie perlu melebihkan lagi bilangan lagu baru dalam albumnya supaya pendengar benar-benar mendengar sesuatu karya yang baru.
Album Budi ini turut menampilkan imej busana pahlawan Melayu pada kulit albumnya. Satu langkah yang baik. Imej lagu ketuhanan tidak semestinya perlu menampilkan pakaian berkopiah atau songkok.
Album ini diterbitkan oleh NC Records dengan kerjasama Loonaq Records dan Islamic Tunes. - WRTKP




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.