Kalau dilihat pada tajuk dan poster filem, tanggapan awal orang ramai ialah filem ini filem animasi, 100% sesuai untuk kanak-kanak.
Selepas melihat pelbagai reaksi positif dan negatif, penulis sendiri ambil keputusan untuk 'terjah' panggung wayang bersama dua orang anak buah, seorang berusia 6tahun dan seorang berusia 4tahun.
Reaksi 10 minit awal selepas filem ditayangkan, anak buah yang berusia 4 tahun mula menanya mana Upin Ipin? Manakala reaksi anak buah yang berusia 6 tahun, bestnya Akis (Balqis) ada dalam filem ni.
Dan sebaik sahaja Upin Ipin muncul dalam filem ini, respon kedua-dua mereka mula ceria. Namun jalan cerita yang seperti tahap tinggi bagi anak seawal usia 4tahun menyebabkannya mula bosan namun bagi budak berusia 6tahun, mereka terus memberi fokus terhadap filem tersebut.
Semua sedia maklum filem Upin Ipin Jeng! Jeng! Jeng! bukanlah terbitan 100% daripada produksi Les' Copaque Production, tetapi ia merupakan kerjasama antara produksi tersebut bersama KRU Studio.
![]() |
| Watak Upin Ipin yang dinanti dalam filem Jeng! Jeng Jeng! |
Tak ada yang cacat sebenarnya terhadap filem ini. Kalau ditanya respon penulis secara umum, penulis bagi 3 daripada 5 bintang. Bukan mudah untuk menghidupkan watak animasi dalam filem realiti. Langkah Les' Copaque bekerjasama bersama KRU Studio ini nyata satu usaha bagus dalam menghasilkan kombinasi animasi dan filem realiti.
Namun apa yang perlu diberi perhatian, tindakan terlalu menghighlightkan watak Upin Ipin menjadikan orang ramai terutama kanak-kanak seawal usia 4tahun keliru. Mereka menyangka ini filem animasi 100%.
Secara tak langsung boleh elakkan kanak-kanak yang terlalu kecil daripada bosan dan merungut dalam pawagam. Walau apapun, filem Upin Ipin Jeng! Jeng! Jeng! tidaklah mengecewakan. Masih boleh dilabel sebagai filem boleh ditonton. Apapun, nantikan Upin Ipin The Movie pada tahun 2017! -WRTKP





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.