Namun hasrat itu tidak tercapai. Jodohnya bersama kumpulan yang terkenal dengan lagi Pergi Tak Kembali itu tetap utuh sehingga kini.
Tidak dinafikan setelah pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim pada tahun 2009 menyebabkan nama Rabbani kurang menyerlah. Atas faktor itu, Azadan bersama anggota-anggota Rabbani yang lain berusaha untuk mempertahankan kumpulan tersebut.
Walaupun masih bersama Rabbani, hasrat untuk tampil secara solo tetap diteruskannya. Bagi membuktikan dirinya boleh tampil secara solo, Azadan tampil dengan single pertamanya Seindah Memberi.
Selain ingin membuktikan dirinya mampu untuk menyanyi, sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan Rabbani turut menjadi inspirasi buat dirinya.
SEINDAH MEMBERI ADA UNSUR KEMANUSIAAN
Mengenai single Seindah Memberi, lagu tersebut merupakan sentuhan daripada Fadzli (Far East) manakala liriknya oleh Ito Lara.
Menurut Azadan yang dipetik dari Berita Harian, Seindah Memberi pada asalnya ingin dirakam secara duet bersama Khai Bahar.
"Begitupun, kerjasama itu tidak menjadi realiti berikutan kekangan masa dan komitmen Khai sendiri terhadap beberapa perkara lain. Lagu ini dirakamkan dalam tempoh empat jam. Bukan senang untuk melunaskan proses rakaman kerana saya bukanlah penyanyi hebat. Kekok juga sebenarnya. "Tetapi, lagu ini dihasilkan dengan cara mengukur baju di badan sendiri. Ia sesuai dengan vokal biasa saya," kata Azadan yang dipetik dari Berita Harian.
![]() |
| Pelancaran single pertama Azadan, Seindah Memberi. Sumber: Facebook Azadan |
Kekuatan vokal Azadan digunakan sebaik mungkin dalam nyanyian lagu ini. Senang cerita, Azadan ada keunikan vokal tersendiri dalam menyampaikan lagu secara solo.Mungkin untuk masa akan datang boleh diusahakan lagu bergenre R&B untuk Azadan.
Rakaman Seindah Memberi telah dilakukan di Studio Inteam Records pada September 2017. Azadan turut menyatakan bakal muncul dengan album sulungnya nanti yang bakal memuatkan lima buah lagu termasuk bersama anak, Izwan.- WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.