Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

03 November 2017

AMANAH Restu Aishah Sertai Gegar Vaganza 4

Penyanyi Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin mendapat sokongan Parti Amanah Negara (AMANAH) sekiranya mahu meneruskan kerjaya menyanyi, termasuk menyertai sebuah program realiti Astro, Gegar Vaganza 4.

Menurut laman portal Free Malaysia Today, Aishah juga dialu-akukan untuk membuat persembahan di program parti, kata Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir.

 “Menyanyi itu adalah anugerah Allah, kerana tidak semua orang boleh menyanyi, dan tidak semua orang punyai suara dan vokal yang baik, jadi itu ada pada Aishah,” kata Anuar.

Pandangan yang diberikan berkaitan isu dengan penglibatan Aishah dalam program Gegar Vaganza, pertandingan yang menyaksikan penyertaan 12 artis terkenal.

“Jika tempatnya bersesuaian, kita minta juga beliau menyampaikan nyanyian dan sebagainya.” Menurutnya penyertaan Aishah dalam Gegar Vaganza 4 adalah sesuatu yang baik dan mendapat sokongan pimpinan Amanah.

“Parti juga tidak pernah menghalang dan perkara itu tidak boleh disekat sebab itu hak asasi beliau,” kata Anuar. Anuar turut mempersoalkan cakap-cakap yang mengkritik keputusan Aishah bergiat dalam dunia seni.

“Kalau ada mereka yang mengkritik, mengeji, mencaci, mereka kena minta maaf kepada Aishah,” katanya.

“Tidak semestinya seseorang itu menyanyi bermakna ia ada hubungan dengan maksiat, tentu ada yang baik boleh dilakukan dengan cara nyanyian.”

Aishah menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 2011 dan bertanding mewakili parti Islam itu di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan, pada pilihan raya umum ke-13. Beliau tewas kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Aishah meninggalkan PAS dan menyertai AMANAH.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages