Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

03 November 2017

AlFarabi Band Mendarat Lagi!


Setelah hampir 4 tahun tidak muncul dengan album baru, Al Farabi Band muncul kembali dengan album terbaru mereka, We Have Landed.

Walaupun suasana pemasaran album fizikal menghadapi kurang memberangsangkan namun itu bukan penghalang buat Al Farabi Band untuk tampil dengan album penuh secara fizikal.

Band rock dakwah ini sememangnya mempunyai peminat-peminat tersendiri. Dengan imej rock tapi berserban serta lirik-lirik yang berunsur dakwah dan perjuangan, Al Farabi Band tidak dinafikan mempunyai para peminat dari kalangan pencinta genre nasyid dan rock.
Kulit Album We Have Landed
We Have Landed mengandungi 12 lagu iaitu Heaven Not Hell, Lagu Untuk Ibu, Apa Sebenarnya, My Loving Child, Form Mula (feat. Sam Cromok), Rijalullah, Insolvensi, Engkau Segalanya, We Have Landed, Yang Ku Rasa, Ha Hi Hu dan New Empire.

Setelah mendengar album ini, rasanya tak salah untuk menyatakan penerbitan album ini dibuat secara teliti. Produksi album ini cukup berkualiti tinggi sama ada dari aspek cetakan kulit album hinggalah ke kualiti audio.

Album ini adalah lebih baik jika nak dibandingkan dengan siri album Al Farabi Band sebelum ini. Adunan variasi elemen muzik yang tak terlalu straight forward metal menjadikan album ini sebaris dengan album band-band metal terkenal seperti Metallica, XPDC, Cromok dan lain-lain lagi.

Lagu Form Mula (feat Sam Cromok) adalah paling menarik untuk didengarkan. Siapa sangka lagu metal mampu mempunyai lirik dakwah. Track Form Mula sememangnya akan 'membangunkan' pendengar yang sedang 'tidur'.

Bagi track Insolvensi, liriknya menggunakan lirik lagu nasyid lama berjudul Mana Milik Kita (nyanyian asal NadaMurni). Pemilihan judul baru untuk lagu ini cukup kreatif. Tak pernah terfikir pun lagu nasyid Mana Milik Kita boleh diubah judulnya menjadi judul yang unik.

Bagi track-track lain, Al Farabi Band berjaya membawanya dengan cukup bertenaga. Bagi peminat muzik metal, album ini memang berbaloi. Dan bagi peminat nasyid tegar, kenalah open minded bila mendengar album ini.
Semasa pelancaran album We Have Landed. Sumber: Facebook Al Farabi Band

We Have Landed telah dilancarkan secara rasmi pada 29 Ogos 2017 yang lalu di Warisan Hall, Sijangkang. Album ini diterbitkan dan dirakamkan di Al Farabi Empire Studio.

Bagi yang nak beli album ini, boleh layari laman rasmi Facebook Al Farabi Band. Dan anda takkan menyesal bila mendengar album ini. - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages