 |
| Sewaktu pelancaran MU pada Julai 2017. Sumber: Sinar Harian |
Selepas penubuhan
Penang Front Party (PFP), politik Pulau Pinang meriah lagi dengan kehadiran sebuah lagi parti.
Malaysia United Party (MU) atau Parti Bersama Malaysia didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Pulau Pinang.Parti ini dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai 2017.
MU dipimpin oleh Presidennya, Tan Gin Theam manakala bekas Setiausaha MCA Bahagian Bayan Baru, David Yim dan bekas orang kuat Parti Gerakan Pulau Pinang, Lim Boo Chang dipilih sebagai Naib Presiden MU.
 |
| Bendera MU. |
MU memilih untuk menjadi sebuah parti politik namun menggunakan strategi badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkhidmat. Strategi NGO yang dimaksudkan ialah menjadi memerhati, menganalisis dan menyuarakan pandangan bebas mengenai perkara yang dilakukan parti-parti politik dominan di Malaysia.
 |
| Kepimpinan MU |
"Penubuhan MU bercorak seperti NGO di mana kita akan bina jaringan sosial yang erat antara NGO dan agensi-agensi kerajaan melalui kerja sukarelawan dan kebajikan. Misi MU adalah untuk menyediakan satu platform untuk tujuan integrasi dan perkongsian sumber antara semua rakyat... demi rakyat untuk rakyat," kata Tan Gin Theam, Presiden MU.
MU AKTIF BANTU MASYARAKAT
Sepanjang penubuhan MU, parti ini telah memberi khidmat kepada rakyat khususnya sekitar Pulau Pinang. Antaranya ialah khidmat pemeriksaan kesihatan, peronda dan lain-lain lagi.
 |
| MU memberi sumbangan ketika banjir kilat Pulau Pinang. Sumber: Facebok MU |
MU telah menggariskan 6 teras khidmat untuk masyarakat iaitu peronda, kecemasan, kebajikan, rekreasi, amal, dan penyayang.
 |
| Teras khidmat MU |
MU mendakwa mempunyai keahlian lebih daripada 10,000 orang namun belum berhasrat untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya.
"Bagaimanapun, jika ada yang mahu kami bertanding, kami akan pertimbangkan nanti," kata Tan Gin Theam. - WARTAKOPI
No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.