Dipetik dari Sinar Harian, Presiden PEKIRA, Datuk Ridzuan Abdullah menyatakan PEKIRA sedia bertanding di mana-mana kerusi sama ada Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), demi membantu menyelesaikan masalah rakyat.
![]() |
| Bendera PEKIRA |
Malah menurut beliau lagi, PEKIRA mampu menarik sokongan pengundi atas pagar.
“PEKIRA mempunyai 80 peratus sokongan pengundi atas pagar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda, dan mampu memberi sekurang-kurangnya 500 sehingga 600 undi yang menentukan kemenangan, tetapi jika mereka (BN) tidak mahu jangan menyesal."
"Sekarang ini pun terdapat pemimpin Pakatan Harapan yang mula merisik PEKIRA dan mengajak menyertai bersama mereka, namun saya tidak memberi sebarang respons kerana kita masih lagi menunggu jawapan PM,” katanya ketika Majlis Pelancaran Pekira Bahagian Rasah dan Program Penyerahan Beg Sekolah di Balai Raya Jalan Rasah, Negeri Sembilan pada 25 Disember 2017.
PEKIRA ditubuhkan pada Jun 2017 dan sehingga kini masih menunggu pengesahan pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).- WARTAKOPI



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.