Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

27 December 2017

Percubaan Azly Yahya Dakwah Melalui Nasyid

Dunia hiburan tak dinafikan antara perkara yang paling disukai manusia. Penyampaian sesuatu mesej melalui lagu juga tak dinafikan antara cara paling mudah dilakukan.

Bagi anak muda ini, berdakwah melalui lagu patut dicuba. Walaupun tak bernaung di bawah syarikat rakaman yang besar, ia bukanlah penghalang baginya untuk menghasilkan album solo sendiri.

Azly Yahya, seorang anak muda dari Kedah tampil dengan album sulung berjudul Menuju Cinta Ilahi. Album ini merupakan percubaan pertamanya dalam industri nasyid.

Sebelum muncul dengan album solo, Azly Yahya telah aktif dalam nasyid sejak peringkat sekolah menengah lagi. Dia juga sering kali mewakili kumpulan nasyid dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam pertandingan nasyid ketika menuntut dalam bidang Sarjana Muda Syariah di KUIN.

Setelah tamat pengajian, Azly Yahya bergerak secara solo.

Di bawah label Azly Production miliknya dengan kerjasama Jihad The Only Solution, Azly tampil dengan album Menuju Cinta Ilahi.

Album ini mengandungi 9 buah trek yang menghimpunkan lagu-lagu nasyid, dan beberapa zikir. Antara lagu dalam album ini ialah Jangan Resah (Narration), Kerinduan, Assubhu Bada, Ya Latif, Ya Zal Jalah, Kasih Ibu & Ayah, Dunia Baru Islam, Kerinduan (Akustik) dan sebuah minus one Assubhu Bada.

PERCUBAAN YANG PERLU DITERUSKAN

Dalam album sulungnya ini, Azly Yahya telah menggunakan karya daripada beberapa penggiat nasyid dari Kedah. Dua komposer yang dipilih Azly untuk terlibat dalam album ini ialah Rizal Ismail (DJ Kedah.FM) dan penyanyi Mizie Kamis. Azly sendiri turut menghasilkan karya sendiri untuk albumnya ini.

Kelunakan vokal Azly Yahya boleh dikatakan bagus.Kelunakan vokalnya terserlah ketika menyanyikan lagu Assubhu Bada serta alunan zikir Ya Latif dan Ya Zal Jala.

Namun kekuatan vokalnya kurang terserlah dalam alunan lagu-lagu. Rentak lagu balada dalam album ini menyebabkan setiap trek didengar selari. Dalam bahasa mudah, pemilihan lagu untuk album akan datang perlulah pelbagai rentak supaya pendengar tidak bosan.

Walau bagaimanapun, dari segi vokal tak dinafikan Azly Yahya mampu pergi lebih jauh. Bakat yang ada perlu digilap lagi. Atas nama album 'indie', album Azly Yahya ini boleh diberi markah 4 dari 5 bintang!


Album Menuju Cinta Ilahi boleh didapati secara terus dengan Azly Yahya menerusi Facebook rasminya.-WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages