Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

19 December 2017

#Pray4CikguAzizan: Kes Cikgu Azizan Ditarik Balik

Perbicaraan mengenai kes Cikgu Azizan dianggap selesai selepas pihak pendakwa menarik semula kes. Kes yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Majistret Seremban 2, Negeri Sembilan.

Cikgu Azizan selepas kes ditarik balik.

Di perkarangan mahkamah juga turut kelihatan himpunan guru yang hadir dari pelbagai negeri, biarpun tidak mengenali antara satu sama lain. Sokongan moral turut diberikan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang memberi sokongan terhadap kes ini.

Turut kelihatan Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda,Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak,Md Fakarudin Ab Rahman dan warga SK Taman Semarak, Negeri Sembilan yang turut sama hadir memberi sokongan moral.

Sokongan moral dari warga pendidik

Pada 18 Disember 2017 lalu, Menteri Pendidikan Dato Seri Mahadzir Khalid menyatakan tiada halangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk para guru berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada Cikgu Azizan.

"Saya tiada halangan sekiranya warga guru ingin berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada rakan mereka yang terlibat dalam kes mahkamah. Setiap individu mempunyai hak tersendiri untuk menyatakan sokongan terhadap rakan mereka sendiri dan isu kehadiran di mahkamah ini adalah hak peribadi masing-masing. Kalau jadi pada rakan kita, kita akan hadir juga untuk beri sokongan, begitu juga warga guru ini", ujar Mahadzir Khalid dalam kenyataan di laman sosial Facebook.

Himpunan solidariti di perkarangan mahkamah.

Kes Cikgu Azizan mula tular di laman sosial sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Berikut adalah kronologi kes.

Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:

 31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban. Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500 Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 orang pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter. Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid.

Untuk pengetahuan semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

  • Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.
  • Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
  • Buli.
  • Memukul murid lain.
  • Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan bermula.

Semasa dibebaskan dari tuduhan, Cikgu Azizan memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan. -WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages