Wujudnya kumpulan nasyid bergenerasi di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Baik di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi, kelahiran kumpulan bergenerasi telah bermula sejak era 1990-an.
Antaranya ialah kumpulan nasyid Nahwan Nur di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1992. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kumpulan nasyid Saff One merupakan generasi pertama kumpulan Nahwan Nur di UPM.
Generasi berganti generasi, tahun 2018 Nahwan Nur akhirnya tampil dengan album terbaru berjudul Dia Ada.
Album Dia Ada menampilkan tiga buah lagu iaitu Dia Ada, Hawa Khatulistiwa dan Dunia Si Kecil. Projek Dia Ada ini merupakan kolaborasi antara Nahwan Nur, Yasin Sulaiman selaku penerbit dan Inteam Records selaku pengedar album digital.
DIA ADA BUKTI KEKUATAN VOKAL HARMONI NAHWAN NUR
Dia Ada nyata berbeza dengan generasi awal Nahwan Nur dulu. Kekuatan vokal harmoni empat anak muda ini menjadikan kumpulan ini mampu duduk sebaris dengan kumpulan harmoni nasyid sedia ada seperti Mirwana.
Lagu Dia Ada dinyanyikan secara duet antara Nahwan Nur dan Yasin Sulaiman. Lagu ini nyata tepat untuk dijadikan lagu utama album ini. Harmoni yang baik cukup untuk melabelkan Nahwan Nur sebagai antara generasi nasyid baru yang hebat.
Dua lagi lagu iaitu Hawa Khatulistiwa dan Dunia Si Kecil juga telah membuktikan kekuatan sebenar Nahwan Nur. Tak hairanlah jika Nahwan Nur dianggap sebagai antara kumpulan nasyid yang digeruni di peringkat IPT.
![]() |
| Gambar pelancaran album Dia Ada. Ihsan: Nahwan Nur |
Album Dia Ada telah dilancarkan pada 23 Februari 2018 di Dewan Besar UPM. Album ini boleh didapati di saluran digital iaitu iTunes, Spotify, Joox dan Deezer. Mengenai album fizikal, belum dapat dipastikan sama ada Nahwan Nur akan menerbitkannya atau tidak.
Album Dia Ada ini diterbitkan oleh Kelab Nasyid Nahwan Nur UPM dan edaran digital oleh Inteam Records. - WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.