"Baju jangan ketat, tudung jangan makin singkat," itulah pesan suami buat Farah Asyikin tatkala Farah Asyikin membuat keputusan menyertai Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2).
Kembali ke persada seni suara dengan menyertai Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kembali Lagi Di Sisimu mendedahkan dia mendapat izin daripada suaminya terlebih dahulu.
"Saya harus akui suami saya yang paling banyak menjadi pendorong dan memberikan restu untuk saya kembali aktif dalam bidang nyanyian. Tetapi dia juga berpesan kepada saya supaya sentiasa menjaga dan mengekalkan penampilan seperti sekarang," ujar Farah Asyikin yang dipetik dari portal GEMPAK.
Farah dan Raja Iskandar telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2017 dan itu merupakan perkahwinan ketiga Farah.
Dalam dunia nyanyian, Farah Asyikin pernah melahirkan album Farah Asyikin terbitan Nature Records pada tahun 2007. - WARTAKOPI



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.