Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

02 November 2018

Soutul Amal Realisasikan Untukmu Pejuang

Sukar rasanya mencari sebuah album nasyid penuh bertemakan perjuangan. Mungkin kerana liriknya serta rentak yang sukar diolah maka tema perjuangan kurang diambil berat oleh para penasyid.

Namun bagi Soutul Amal, tema perjuangan menjadi pilihan untuk album terbaru mereka, Untukmu Pejuang. Album ini mengandungi 13 buah lagu bertemakan perjuangan dan patriotik.

Terlebih dahulu, first impression apabila album ini diterbitkan, rasa teruja memandangkan kulit album ini yang berlatar belakang hitam menaikkan seri album ini supaya nampak lebih minimalist dalam reka bentuk kulit.

Untukmu Pejuang dimulakan dengan trek pertama, Negaraku. Siapa sangka Soutul Amal akan menyelitkan Lagu Kebangsaan ini dalam album mereka. Langkah meletakkan Negaraku sebagai pembuka album menjadi simbolik bahawa semua lagu dalam album ini bermesejkan patriotik Islami.

Album ini diteruskan dengan trek Fisabilillah, Semarak Perjuangan dan Fastaqim. Ketiga-tiga lagu ini nyata menaikkan semangat pendengarnya.Rentak yang rancak sememangnya sesuai dengan tema perjuangan. Trek kelima, Berimbai Di Sisimu pula sebuah lagu Iban yang mengandungi mesej tentang kasih sayang manusia dengan Allah.

Bermula trek 6 hingga 12, semua lagu berentak rancak dan sarat dengan unsur patriotik. Misalnya lagu Bangkit Pertahan dan Maju Berkat Sejahtera, dua buah lagu ini digunakan sebagai lagu tema untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Soutul Amal turut menyelitkan isu kaum Rohingya di Myanmar dan isu Palestin dalam album ini. Melalui trek kesembilan, Raungan Rohingya, mereka menyelitkan mesej tentang kesengsaraan kaum itu tatkala umat Islam masih membisu. Bagi lagu Kita al-Qassam, mesej perjuangan Palestin diceritakan.

Untukmu Pejuang diakhiri dengan trek Malaysia Sejahtera. Lagu ini pernah digunakan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai lagu tema dalam Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.

USTAZ AZHAR IDRUS RASMI PELANCARAN UNTUKMU PEJUANG


UAI lancar album Untukmu Pejuang. Sumber: Soutul Amal

Album Untukmu Pejuang merupakan terbitan sepenuhnya di bawah label Soutul Amal Records. Album ini telah dilancarkan oleh Ustaz Azhar Idrus semasa Karnival Maju Berkat Sejahtera di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada 14 September 2018.

Album ini dikeluarkan dalam bentuk cakera padat dan juga saluran digital seperti iTunes, Spotify dan Deezer.

Album ini sememangnya mantap! Tak rugi jika membelinya. 5 bintang untuk album ini! - WARTAKOPI

2 comments:

  1. MasyaAllah.. terima kasih Warta kopi.. sangat membantu.. Jazakumullahu Khairan..

    ReplyDelete
  2. Memang mantap album ni...

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=304097680369343&id=100023073398208

    ReplyDelete

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages