Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

03 November 2018

Penantian 20 Tahun Cahaya Hati Berakhir

Penantian kumpulan Cahaya Hati (CH) untuk menghasilkan album berakhir apabila album sulung mereka berjaya diterbitkan. Ditubuhkan pada tahun 1998 di Kemaman, Terengganu.

Album Pasrah telah pun dilancarkan pada 26 Oktober 2018 di Dataran TABIKA Taman Perwaja, Kemaman, Terengganu oleh Ustaz Nakhaie Mohd Nafiah, Setiausaha Dewan Pemuda PAS dan AJK Lajnah Kesenian PAS Kawasan Kemaman.

Pelancaran album Pasrah. Sumber: Cahaya Hati

Album ini mengandungi lapan trek lagu iaitu Hijrah, Tolaal, Penghulu Ummat, Sifatullah, Taubat, Pasrah, Doa Khatam al-Quran dan Insaf.

Cahaya Hati boleh dianggap sebagai sebuah kumpulan nasyid indie. Usaha untuk menerbitkan sebuah album bagi kumpulan indie sudah pasti amat mencabar terutama membabitkan kos.

ULASAN ALBUM
Album sulung Cahaya Hati
Dimulakan dengan trek Hijrah, diikuti Tolaal dan Penghulu Ummat, rentak yang menjadi pilihan CH lebih kepada nasyid kontemporari. Begitu juga bermula dari trek keempat, Sifatullah sehingga trek terakhir, Insaf, rentak kontemporari masih jelas.

Kecuali untuk trek Pasrah, CH menyelitkan unsur rap dalam lagu tersebut. Mungkin disebabkan kelainan itulah, Pasrah dijadikan judul album sulung CH ini.

Untuk susunan vokal, CH perlu memperkemaskan lagi vokal mereka. Vokal yang harmoni perlu dalam sesebuah kumpulan nasyid dalam memastikan kumpulan tersebut boleh pergi lebih jauh.

Kualiti audio juga perlu diperkemaskan lagi. Langkah awal CH dalam album Pasrah ini memang dipuji. Justeru untuk masa akan datang, kualiti audio mestilah lebih baik. Status sebagai kumpulan nasyid indie jangan dijadikan sandaran utama.

Dari aspek kulit album,  CH meletakkan wajah kesemua ahli mereka sebagai usaha memperkenalkan kumpulan ini kepada masyarakat. Langkah CH menggunakan Khidmat Deseries.Co sebagai jurufoto dan IQ Erixio sebagai pereka kulit album membuktikan mereka komited untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Album Pasrah ini telah dirakamkan di Cahaya Hati Studio milik mereka sendiri. Difahamkan studio serta pejabat Cahaya Hati yang beroperasi di Kemaman, Terengganu telah beroperasi sejak tahun 2013.

Komitmen yang ditunjukkan oleh Cahaya Hati dalam industri nasyid dipuji. Justeru diharapkan CH jangan putus asa dalam industri yang penuh cabaran ini. Lihat sahaja Soutul Amal, mereka kembali aktif dalam industri ini dengan pantas setelah mendiamkan diri untuk tempoh yang lama.

Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh Cahaya Hati Production. Setakat ini, album ini diterbitkan dalam bentuk cakera padat. Hubungi CH melalui Pegawai Pemasaran, Sofi Roslan di talian Whatsapp

Untuk album Pasrah, 3 daripada 5 bintang diberikan. Buat Cahaya Hati, moga maju jaya dalam bidang genre dakwah ini. - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages