Kumpulan nasyid dari Indonesia, Sabyan Gambus akan mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada Januari 2019.
Kumpulan yang terdiri daripada enam orang ahli iaitu Khoirunnisa alias Nissa (vokalis), Ahmad Fairuz alis Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf atau Wawan (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh alias Tebe (biola), dan Anisa Rahman (backing vokal). Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2015.
Mula menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran dinyanyikan kembali oleh mereka yang berjudul Deen As Salam mendapat perhatian di saluran Youtube. Setakat ini sebanyak 161 juta tontonan dan lagu ini sentiasa mendapat putaran lagu diradio-radio Malaysia mahupun dinegara asal mereka. Bukan itu sahaja, lagu lain seperti Ya habibal Qolbi, Rohman Ya Rohman dan Ya Asyiqol turut mendapat ratusan juta pendengar di laman Youtube.Meskipun pertama kali diadakan, penganjur syarikat MHH Laguna Sdn Bhd mengambil langkah berani dengan menampilkan Konsert Sabyan Gambus Live in Malaysia 2019 berskala besar di negara ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Muhamad Hariz Harun, selaku penganjur, pihaknya mengambil serius bagi menjayakan projek kali ini.
“Ini merupakan konsert pertama berskala besar yang kami anjurkan, sebelum ini kami hanya uruskan acara pentas berskala sederhana. “Soal pelaburan memang kami mengeluarkan sejumlah modal yang besar dan insya-Allah kami akan bekerja kuat bagi memastikan Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada konsert yang akan berlangsung selama tiga jam itu acara tirai pembukaan akan menampilkan artis nasyid tempatan seperti UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.
Menurut Muhamad Hariz, antara sebab pihaknya memilih stadium Malawati adalah bagi memastikan penonton selesa dan berpuas hati. Selain itu katanya, mereka memilih stadium Malawati kerana tempat itu terkenal sebagai lokasi pelbagai acara bertaraf antarabangsa.
“Saya amat berharap konsert ini nanti mampu memberikan kepuasan kepada semua penonton”, katanya.
Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket awal, diskaun sebanyak RM100 bagi setiap kategori dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah Iphone XS. Tiket – tiket boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com .- WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.