Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

26 November 2018

XPDC - Doa :Lembut Dalam Keras

Album XPDC - Doa.
Rating: 5 bintang
Genre rock dan metal sememangnya membawa muzik yang 'keras'. Namun sedar atau tak, kalau diteliti dari segi lirik lagu-lagu rock, banyak lagu genre ini mengandungi unsur ketuhanan (kerohanian).

XPDC yang dianggotai Izo, Ali, Edie dan Lola mengambil langkah untuk menerbitkan album rock kerohanian sepenuhnya menerusi album terbaru mereka, Doa.

Kemelut yang melanda XPDC yang kini mempunyai dua versi, XPDC (diketuai Izo) dan XPDC (diketuai Mael) rasanya selesai apabila pihak pengurusan Life Records memberi izin kedua-dua kumpulan membawa nama XPDC tersebut. 

Mengenai album Doa, pandangan pertama sudah pasti apa hala tuju muzik XPDC ini apabila menerbitkan album kerohanian. Adakah menjadi nasyid atau tetap maintain rock?

Tetapi apabila mendengar sepenuhnya album ini, nyata muzik XPDC tetap sama. Mereka masih kekal dengan muzik 'keras' cuma yang berubah lirik lagu-lagu dalam album ini lebih ke arah mesej positif.

Dari segi packaging album, ini merupakan kali pertama XPDC terbitkan album dalam bentuk digipack. Wajah anggota XPDC terpampang di kulit album bagi memperjelaskan bahawa ini adalah XPDC versi Izo.

Menampilkan 11 buah lagu, album Doa sememangnya sarat dengan mesej Islamik dan kritikan sosial. Tirai album ini dibuka dengan lagu Akhlak. Judulnya mungkin lembut tetapi apabila mendengar lagu ini, nyata muziknya cukup 'keras'.

Untuk lagu kedua, Adu Domba, muziknya tetap sama. Anda akan hilang rasa mengantuk apabila mendengar setiap lagu dalam album ini.

Album ini turut menyelitkan beberapa lagu slow. Lagu ketiga, Cinta Adabi  menampilkan Iqram Dinzly dalam klip video mereka. Dalam trek ketujuh, Doa, XPDC menampilkan mesej yang cukup bermakna apabila menyelitkan petikan hadis dan ayat al-Quran dalam klip video mereka.

Senang cerita, tak rugi jika anda memiliki album ini.Cuma muzik yang terlalu kuat menyebabkan ada beberapa bait lirik tak dapat didengar dengan jelas.

Album terbitan Blockchain Island ini diedarkan oleh Hup Hup Sdn Bhd (Life Records). Untuk album ini, lima bintang diberikan! - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages