Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

16 December 2018

Dedikasi Amar Buat Pasangan Berkahwin

Dalam perkahwinan, sudah pasti semua inginkan cahaya mata hadir bagi menyerikan lagi bahtera rumah tangga. Kesabaran yang tinggi sudah pasti diperlukan dalam menanti kehadiran cahaya mata.

Bagi penyanyi Arif Muazzim Abdul Rahman atau dikenali sebagai Amar, ulang tahun pertama kehadiran cahaya matanya diabadikan menerusi sebuah lagu ciptaannya sendiri berjudul Alexander Zul Qarnayn. Judul lagu ini diberikan sempena nama anak sulungnya tersebut.

Dalam lagu ini, Amar mencoretkan kisah sebenar penantian cahaya mata sulungnya itu yang penuh dengan episod kesabaran. Penantian selama 9 tahun akhirnya berakhir pada 2017 apabila putera sulungnya itu lahir.

Menurut Amar dalam catatan di laman sosial Facebooknya, beliau mendedikasikan lagu Alexander Zul Qarnayn buat pasangan berkahwin yang sedang diuji untuk mendapatkan zuriat.

"Sebuah lagu inspirasi tentang kesabaran dan hikmah dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Di dalam lagu ini saya selitkan juga doa mustajab Nabi Zakaria A’laihissalam memohon zuriat yang dirakamkan Allah SWT. di dalam surah Al-Anbiya’ 21:89. Ia merupakan doa mustajab yang sangat bagus diamalkan oleh pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Yakinlah dengan janji Allah!" - AMAR

Dalam lagu Alexander Zul Qarnayn, Amar turut menyelitkan doa mustajab bagi mendapatkan zuriat. Lagu ini telah mencatatkan bilangan penonton melebihi 100,000 di laman sosial Facebook.


Sememangnya lagu tersebut cukup menyentuh perasaan terutama bagi mereka yang diuji dengan persoalan kehadiran anak. Sekurang-kurangnya terbitnya lagu ini mampu memberi sedikit motivasi kepada pendengar agar tidak putus asa apabila diuji.Semoga terbitnya lagu ini memberi manfaat buat semua. - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages