Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

10 January 2019

Logo GPS Dilancar Secara Rasmi



Pada 9 Januari 2019 yang lalu, logo Gabungan Parti Sarawak (GPS) akhirnya dilancarkan secara rasmi. GPS mengumumkan logo rasmi serta lagu rasmi gabungan politik tersebut.

GPS merupakan gabungan parti di Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Sarawak United People's Party (SUPP), Progressive Democratic Party (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sebelum ini, gabungan ini merupakan anggota Barisan Nasional (BN) Sarawak. Selepas kekalahan BN dalam PRU14, BN Sarawak mengumumkan pembubaran mereka dan mendaftarkan diri sebagai GPS.

GPS diumumkan kelulusan pendaftarannya oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 November 2018.

Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata susulan pelancarannya, GPS akan memperhebatkan lagi program turun padang bagi memperkenalkan entiti baharu mereka. 

“Selepas pelancaran, GPS dan parti-parti komponennya akan menemui rakyat dan memperkenalkannya.  Insya-Allah, warga Sarawak akan menerima GPS,” katanya.

 Naib Presiden PDP Datuk Henry Jinep berkata pelancaran logo GPS menggambarkan perpaduan antara parti komponen dalam berjuang demi Sarawak.

 “Kita akan ada satu logo, satu identiti dan satu landasan perjuangan bersama tanpa campur tangan pihak luar berbanding sebelum ini,” katanya.
Logo rasmi GPS

Logo GPS berlambangkan Burung Kenyalang berwarna merah dan hitam selain berlatar belakang warna putih itu, pastinya kelihatan ‘janggal’ bagi penyokong tegar parti berasaskan tempatan. Turut dipaparkan dalam logo itu adalah slogan ‘Utamakan Sarawak’.

Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata warna merah melambangkan kedaulatan perlembagaan termasuk hak memelihara undang-undang negeri dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Putih mencerminkan keadilan dan kesaksamaan serta kedaulatan undang-undang, manakala hitam pula melambangkan simbol tunjang kekuatan gabungan parti komponen dalam GPS.

 “Hari ini adalah hari cukup bersejarah bagi parti GPS kerana parti ini diterajui anak tempatan,” katanya dalam Majlis Perasmian Logo GPS di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, Kuching, Sarawak.

GPS kini menguasai 19 daripada 31 kerusi Parlimen manakala kerusi Dewan Undangan Negeri sejumlah 72 daripada 82.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages