Kumpulan FINE tampil dengan single terbaru mereka, Bahasa Rindu. Lagu ini mula dilancarkan di laman web Youtube sejak 30 Disember 2018 yang lalu.
Bahasa Rindu merupakan hasil sentuhan daripada komposer terkenal Daqmie manakala liriknya oleh Atie.
Sejak diterbitkan pada Disember 2018 yang lalu, jumlah penonton yang menonton video klip Bahasa Rindu mencecah 3 ribu lebih. Satu pencapaian yang baik.
Bahasa Rindu boleh dikatakan antara single terbaik pernah dihasilkan kumpulan FINE sejak mereka mencuburi bidang hiburan. Sebelum ini, FINE pernah tampil dengan beberapa single seperti Sempurna, Baru Kenal Cinta (OST Stanza Cinta) dan BertemuNya (Feat Altimet).
Kekuatan vokal FINE terserlah terutama bahagian chorus. Malah kekuatan vokal tersebut membuktikan FINE mampu berdiri sebari dengan artis-artis nasyid sedia ada. Cuma dari aspek harmoni, FINE perlu perbaiki agar vokal mereka lebih ke arah kumpulan vokal harmoni.
Dari segi kualiti video, 'salute' buat FINE! Pertama kali FINE terbitkan klip video yang berkualiti, siap dengan lakonan lagi.
Pemilihan lokasi klip video yang menarik serta plot cerita yang tersusun membuktikan FINE hasilkan single bukan sekadar untuk tangkap muat.
Lagu Bahasa Rindu diterbitkan oleh FINE Music Entertainment dengan kerjasama Monkey Bone Records. Single ini boleh didapati di saluran digital seperti Itunes, Spotify, Joox, Deezer dan KKBox.-WARTAKOPI



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.