Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

02 February 2019

Amar Pernah Bersama SABDA

[RETRO] Kalau sebut nama penyanyi nasyid Amar, semua peminat tegar nasyid akan kenal. Malah bakat sebagai motivator dan magician yang ada dalam diri Amar menyebabkan namanya dikenali terutama di sekolah-sekolah yang pernah dilawati.

SABDA suatu ketika dahulu.
Sumber: laman web Amar
Di sebalik kerjaya Amar sebagai peguam dan penyanyi nasyid solo, mungkin ramai tak tahu bahawa Amar pernah mempunyai kumpulannya sendiri sebelum bergerak solo.

SABDA, itulah nama kumpulan nasyid yang dimaksudkan. Kumpulan ini pernah bergerak aktif terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia sekitar tahun 1998 hingga 2000.

SABDA di media massa

SABDA merupakan akronim bagi ayat Semoga Allah Berkati Dunia Akhirat. Kumpulan ini bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Alor Setar pada tahun 1998. Dianggotai Amar, Nizam, Razak dan Azmir. Mereka cukup aktif dalam persembahan nasyid di sekitar Kedah dan kerap-kali muncul di Radio Kedah FM.

SABDA meneruskan langkah serius dalam hiburan nasyid apabila muncul sebagai artis undangan dalam album sulung Ustaz Amal, Kekasih.

SABDA PERNAH TERBIT DUA BUAH ALBUM

Dua buah album SABDA
Pada tahun 2000, SABDA meneruskan perjuangan dengan menerbitkan album sulung mereka, Perhitungan. Album Perhitungan diterbitkan oleh Anugerah Media Network Sdn Bhd dalam bentuk kaset dan cakera padat (CD).

Album Perhitungan memuatkan 10 buah lagu iaitu Perhitungan, Sahabat, Cetuskan Kasih Sayang, Anugerah, Melodi Untukmu Teman, Selimut Putih, Zikir, Inang Kesyukuran, Fatah dan Harapan.

Antara lagu-lagu SABDA yang kerap kali dimainkan di radio kawasan utara Semenanjung Malaysia ialah Perhitungan, Sahabat, dan Harapan. Malah lagu Sahabat pernah keluar di kaca televisyen RTM untuk beberapa ketika.

SABDA meneruskan perjuangan mereka dengan album kedua, Saya Cinta Islam. Album kedua kali ini diterbitkan secara indie sekitar Kedah.Album ini terbit pada tahun 2002 (kalau tak silap) dan diterbitkan sepenuhnya oleh Impian Production.

Pasaran kedua-dua album SABDA tak begitu meluas. Nak cari semula khazanah nasyid ini, agak sukar memandangkan usia album-album tersebut telah mencecah hampir 20 tahun.

AMAR BERGERAK SOLO

Setelah semua anggota SABDA mengambil keputusan membawa haluan masing-masing, penyanyi utama SABDA, Amar, mengorak langkah bergerak secara solo.

Percubaan awal Amar adalah melalui album indie solonya, Impian. Album ini diterbitkan oleh Impian Production.

Tak banyak maklumat yang ada tentang album Impian. Yang admin tahu, album ini diterbitkan dalam bentuk kaset dan pernah dijual sekitar negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.

Amar terus aktif dengan kemunculan album-album secara komersial. Syarikat rakaman pertama yang melamar Amar ialah Telaga Biru. Bersama Telaga Biru, Amar ada dua buah album iaitu Kiasan Naluri dan Diari Rindu.

Dalam kedua-dua album tersebut, turut terselit beberapa buah lagu yang pernah ada dalam SABDA.

Kemudian Amar bernaung di bawah Hijjaz Records untuk album ketiganya, Hikayat Cinta. Kini, Amar akhirnya bernaung di bawah syarikat sendiri, Amar Magical Production - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages