Bernaung di bawah Tarbiah Sentap Records, Areef muncul dengan album digital berjudul #365. Album ini memuatkan 5 buah lagu parodi iaitu 365 Days, Aku Ingin Pulang, Innallah, Jika Rasa dan Kita Beza. Album ini ibarat percubaan buat Areef untuk melihat sejauh mana kemampuannya dalam seni muzik.
Nyata lagu-lagu nyanyian menerima reaksi yang positif daripada para pendengar. Atas faktor inilah menyebabkan Areef dan pengurusan Tarbiah Sentap Records mengorak langkah menerbitkan The Album.
Penantian The Album dalam fizikal berakhir. Album yang dibeli melalui Isbir Official Enterprise, sebuah syarikat pengedar produk-produk Tarbiah Sentap, akhirnya sampai untuk koleksi Wartakopi.
SECEBIS ULASAN BUAT THE ALBUM
The Album menampilkan 12 lagu nasyid bergenre pop. 12 trek lagu dalam ini ialah Sempurna, Semua Yang Cantik, Sakit, Peluang, Sebelum Kau Tidur, Prejudis, Just Be Yourself, Sayang, Khabarkan Padaku, Zikir, Penjara dan Bertemu Kekasih.
The Album sekali imbas, tak kelihatan seperti album nasyid. Pemilihan tema gelap sebagai warna kulit album menampakkan album ini seperti esklusif.
Pemilihan genre pop ditambah dengan imej Areef menyebabkan album ini tidaklah seperti album nasyid yang lain. Senang cerita, The Album kelihatan macam album artis-artis pop biasa. Yang membezakan, liriknya yang penuh sarat dengan mesej positif.
Trek pertama, Sempurna. Permulaan yang baik dalam The Album. Rentak taklah terlalu rancak dan taklah terlalu perlahan. Cukup untuk membuatkan pendengar mendengar trek-trek berikutnya.
Trek yang menjadi pilihan ialah Prejudis.Sekali dengar, seperti kumpulan pop di bawah naungan KRU Records suatu ketika dulu, Lagu ini segar sama ada dari aspek lirik mahupun muziknya.
Trek ketiga yang menjadi pilihan, Just Be Yourself. Lagu duet bersama Rabithah. Lagu ini juga berentak rancak. Sarat dengan mesej motivasi.
Bagi trek-trek yang lain seperti Penjara, Peluang dan sebagainya turut tidak mengecewakan. Ternyata album Areef kali ini bukanlah seperti album 'ubat nyamuk'.
Album Areef: The Album ini telah berada di pasaran sejak 1 Januari 2019 sama ada dalam bentuk fizikal mahupun platform digital seperti Itune, Spotify dan Deezer. Buat pendengar, belilah album ini. Anda tidak akan menyesal. Untuk The Album, 8/10 bintang diberikan. Memang mantap! - WARTAKOPI.
Nyata lagu-lagu nyanyian menerima reaksi yang positif daripada para pendengar. Atas faktor inilah menyebabkan Areef dan pengurusan Tarbiah Sentap Records mengorak langkah menerbitkan The Album.
Penantian The Album dalam fizikal berakhir. Album yang dibeli melalui Isbir Official Enterprise, sebuah syarikat pengedar produk-produk Tarbiah Sentap, akhirnya sampai untuk koleksi Wartakopi.
SECEBIS ULASAN BUAT THE ALBUM
![]() |
| Areef The Album |
The Album sekali imbas, tak kelihatan seperti album nasyid. Pemilihan tema gelap sebagai warna kulit album menampakkan album ini seperti esklusif.
Pemilihan genre pop ditambah dengan imej Areef menyebabkan album ini tidaklah seperti album nasyid yang lain. Senang cerita, The Album kelihatan macam album artis-artis pop biasa. Yang membezakan, liriknya yang penuh sarat dengan mesej positif.
Trek pertama, Sempurna. Permulaan yang baik dalam The Album. Rentak taklah terlalu rancak dan taklah terlalu perlahan. Cukup untuk membuatkan pendengar mendengar trek-trek berikutnya.
Trek yang menjadi pilihan ialah Prejudis.Sekali dengar, seperti kumpulan pop di bawah naungan KRU Records suatu ketika dulu, Lagu ini segar sama ada dari aspek lirik mahupun muziknya.
Trek ketiga yang menjadi pilihan, Just Be Yourself. Lagu duet bersama Rabithah. Lagu ini juga berentak rancak. Sarat dengan mesej motivasi.
Bagi trek-trek yang lain seperti Penjara, Peluang dan sebagainya turut tidak mengecewakan. Ternyata album Areef kali ini bukanlah seperti album 'ubat nyamuk'.
Album Areef: The Album ini telah berada di pasaran sejak 1 Januari 2019 sama ada dalam bentuk fizikal mahupun platform digital seperti Itune, Spotify dan Deezer. Buat pendengar, belilah album ini. Anda tidak akan menyesal. Untuk The Album, 8/10 bintang diberikan. Memang mantap! - WARTAKOPI.




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.