Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

06 February 2019

The Best of UNIC Himpun Lagu Terbaik UNIC

Setelah dinobatkan sebagai Juara Gema Gegar Vaganza Musim Pertama (GGV1), UNIC kerap kali menerbitkan lagu-lagu terbaru ataupun rakaman semula lagu-lagu lama.

Malah imej UNIC juga sedikit berubah dengan lebih versatile dan santai agar lebih diterima oleh golongan muda. UNIC juga turut membuat percubaan apabila tampil dengan single Sedar, duet bersama Caprice. 

Selain itu, rakaman semula beberapa buah lagu lama UNIC turut dilakukan mereka seperti lagu Ainul Mardhiah 2017, dan Zinnirah 2018.

Walaupun lagu-lagu terkini UNIC mudah didengar di laman digital seperti Itune, Spotify, Deezer serta laman web Youtube namun bukan semua golongan peminat nasyid mempunyai capaian internet yang baik.Malah masih ada segelintir peminat yang masih menjadikan album fizikal sebagai koleksi peribadi mereka.

Faktor ini menyebabkan UNICDOTMY menerbitkan sebuah album berjudul The Best of UNIC.Album ini memuatkan 17 buah lagu UNIC yang tidak diterbitkan dalam album fizikal mereka sebelum.

Pada Konsert Ainul Mardhiah Disember 2018 yang lalu, kumpulan UNIC turut mengedarkan album ini kepada semua penonton yang hadir sebagai buah tangan esklusif.

Album The Best of UNIC menampilkan lagu-lagu seperti Ainul Mardhiah GGV 2017, Bertemu Semula (feat Hafiz Hamidun, Fadzli Aziz dan Fitri Haris), Binnabil Huda 'France Edition', Sedar (feat Caprice), Bintang Syurga 2017 (feat Raqib Majid), Deen Assalam (feat Syeikh Abdul Karim al-Makki),Ikramul Karim (feat Imam Muda 3), Kita Dai' (feat Hazamin Inteam, Suhaimi Saad, Hafiz Hamidun, Razin Mestica), Maha Suci Allah (feat Amer Munawer), Seindah Sabah, Pesona Ramadhan (feat Simfoni), Seiring Sehaluan, Selalu Bersama (feat IM Nazrul dan IM Fakhrul), Sucikan Hati, Syamail Muhammadiah 2017, Hitam Putih (feat Ustaz Elyas), dan Zinnirah 2018.

17 trek lagu rasanya cukup berbaloi bagi sebuah album. Dan rasanya boleh mengubat kerinduan para peminat.
Album edisi khas daripada UNIC

Selain itu, UNIC turut menerbitkan album Doa & Zikir Munajat Special Edition, himpunan 23 doa dan zikir alunan UNIC sendiri. 

Kedua-dua album ini dikeluarkan secara terhad oleh UNICDOTMY Pro Sdn Bhd dan boleh didapatkan di laman Facebook UNIC atau hubungi talian Whatsapp UNIC

Diharapkan Konsert Ainul Mardhiah turut diterbitkan dalam bentuk album fizikal sama ada cakera padat (CD) atau Cakera Video Digital (DVD). - WARTAKOPI

1 comment:

  1. Album konsert Ainul Mardhiah ada tak dlm bentuk cd?

    ReplyDelete

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages