Siapa yang tidak mengenali kumpulan nasyid muda yang sedang meningkat naik, SIMFONI? Kumpulan yang sering dikenali dengan lagu hits Ana Muslim dan pernah berada di bawah naungan syarikat rakaman Unicdotmy Pro Sdn Bhd (UPSB) sebaris bersama barisan artis-artis naungan yang lain. Simfoni juga telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Nasyid (AN) 2017.
Kali ini, salah seorang anggota kumpulan Simfoni, iaitu Imtiaz Simfoni tampil dengan sebuah lagu singlenya sendiri yang berjudul ‘Till Jannah’. 'Till Jannah' merupakan projek solo Imtiaz Simfoni atau nama penuhnya Imtiaz Ikrimal Bin Rosslee.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Nazmee Ridzuan selaku PR Artist & Media, ‘Till Jannah’ menceritakan tentang penghargaan seorang suami kepada isterinya yang setia menemani di sisi sama ada ketika suka atau duka. Ia juga sebagai lambang pengharapan dan doa agar kasih sayang mereka berkekalan hingga ke Syurga Allah.
Menurut Imtiaz, lagu ini didedikasikan khas kepada isterinya secara khusus dan juga kepada semua peminat serta pendengar secara umumnya.
Lagu dan lirik adalah hasil karya Imtiaz Ikrimal sendiri dan muziknya mendapat sentuhan dari Wan Salleh serta dibantu oleh Farred Zane selaku gitaris bagi lagu ini.
Wan Salleh juga turut dipilih sebagai penerbit lagu Till Jannah manakala video muzik rasminya diterbitkan oleh saudara Fairus Zainal.
Till Jannah diterbitkan oleh Good Soul Music dan sudah berada di pasaran digital sejak 15 Februari 2019. Klip video rasmi lagu ini turut boleh ditonton Youtube Channel Good Soul Music dengan hanya menaip ‘Imtiaz Ikrimal - Till Jannah’. Sebarang maklumat lanjut atau undangan, boleh berhubung dengan saudara Nazmee di talian 017 - 255 8834. - WARTAKOPI
Post Top Ad
Your Ad Spot
22 February 2019
Till Jannah Didedikasikan Buat Isteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
WARTAKOPI merupakan portal berita yang memaparkan perkembangan semasa hiburan positif, isu semasa, dan info-info pilihan.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.