Konsep zikir terapi telah diperkenalkan oleh Hafiz Hamidun sejak tahun 2011. Cetusan ideanya menyebabkan ramai personaliti agama turut tampil merakamkan album-album dengan konsep yang sama.
Sedar atau tak, siri Zikir Terapi oleh Hafiz Hamidun kini telah sampai ke siri keempat. Diterbitkan sejak November 2018, album Zikir Terapi IV - Nur tampil dengan beberapa lagi zikir dengan konsep muzik terapi yang segar.
Menurut Hafiz Hamidun yang dipetik melalui BH Online, rakaman zikir terapi kali ini telah dijalankan di beberapa buah negara seperti Mesir, Turki, Indonesia dan Malaysia.
Album Zikir Terapi IV - Nur ini menampilkan 10 trek zikir yang biasa didengar namun alunannya diolah supaya lebih segar dan menyentuh hati.
10 trek zikir tersebut ialah Nur, Astaghfirullah Robbal Baroya, Allahu Allah, Laisalaha Mindunillah, Hasbi Rabbi Jallallah, Sajda, Ya Hayyu Ya Qoyyum, Subhanallahil Azim, Syahadah, dan Selawat Nur.
Produk keluaran Arteffects International ini telah berada di pasaran dalam bentuk cakera padat serta pasaran digital di platform Itunes, Spotify dan Deezer.Pembelian cakera padat boleh dibuat di laman Haje.my. - WARTAKOPI
Post Top Ad
Your Ad Spot
03 January 2019
Hafiz Hamidun Terbitkan Zikir Terapi IV - Nur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
WARTAKOPI merupakan portal berita yang memaparkan perkembangan semasa hiburan positif, isu semasa, dan info-info pilihan.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.