Gema selawat hasil kolaborasi penyanyi dan pelakon, Izzue Islam bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru serta kumpulan nasyid Saujana dan NowSeeHeart menghangatkan lagi hiburan Islami.
Gabungan kolaborasi yang dinamakan sebagai AWLA, tampil dengan lagu berjudul Salamun Alaika.
Lagu ini merupakan ciptaan Azahari (NowSeeHeart) yang bertindak selaku penerbit, komposer dan penulis lirik. Azahari menyifatkan gabungan AWLA dan kerjasama di antara mereka, Izzue dan YB Ustaz Mohd. Fakhrulrazi adalah amat luar biasa kerana kolaborasi sedemikian merupakan sesuatu yang julung kalinya dilakukan
“Gabungan ini sebenarnya cuba untuk memberi mesej bahawa sesiapa sahaja tidak kira kerjaya, perlu memperbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah SAW,” kata beliau.
Menurut sumber Portal URTV, salah seorang anggota Saujana,Suffian Amrin mendedahkan latar belakang kerjaya anggota AWLA dan dua artis jemputan mereka yang menjadikan kolaborasi di dalam karya Salamun Alaika ini sesuatu yang istimewa.
![]() |
| Kolaborasi AWLA |
“Kami menggunakan bahasa yang universal untuk lebih mendekati semua” kata Izzue Islam yang selesa menyanyikan selawat tersebut.
Menurut URTV lagi, Izzue Islam ketika ditanya mengenai kolaborasi ini menjelaskan bahawa beliau sememangnya sudah lama berniat untuk menyanyikan sebuah selawat.
“Saya pernah terfikir untuk mengalunkan selawat ini sejak dulu lagi, tak semena-mena abang Azahari beritahu dia ada lagu selawat dan nak ajak Izzue turut serta. Bila dah mendengar lagu itu Izzue terus setuju dan tak sabar-sabar nak rekod.,” kata Izzue Islam teruja bila diberi peluang.
Difahamkan lagu Salamun Alaika yang dirakam di Novarts Studio di Ara Damansara, juga akan diterbitkan dalam pelbagai versi bahasa dan akan dikongsikan tidak lama lagi. Keputusan untuk menerbitkan selawat tersebut dalam pelbagai versi bahasa dibuat bagi membolehkan semua orang termasuk masyarakat dunia yang berbilang bangsa ini membawakannya di dalam bahasa masing-masing seperti bahasa Hindi, Perancis, Jerman dan lain-lain.-WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.