Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

21 December 2018

Qathrunnada Penerus Legasi NadaMurni

Bagi generasi yang pernah bersama era nasyid 1980-an, nama kumpulan NadaMurni sudah pasti dikenali.Bait lirik-lirik NadaMurni ketika itu semuanya mempunyai 'roh' iaitu mudah difahami dan mesejnya sampai ke hati apabila didengarkan.

Dalam mengembalikan semula nasyid 1980-an, kumpulan Qathrunnada bangkit menghasilkan album-album yang seakan kumpulan NadaMurni.

Dengan mengekalkan lirik-lirik asal NadaMurni, Qathrunnada menyelitkan unsur muzik moden dan mengekalkan bunyi perkusi dalam lagu-lagu tersebut.

Selepas kehadiran 5 buah album sebelum ini iaitu Cinta Agung, Dengan RahmatMu (2013),Ramadhan Bulan Rahmat Syawal Bulan Kemenangan (2015), Ya Rasulullah (2016), dan Cinta Teragung (2018), kumpulan ini tampil lagi dengan produk terbaru mereka, Inilah Jalan Kita.

Inilah Jalan Kita mengandungi 12 track iaitu Ayat Quran, Inilah Jalan Kita, Sunnah Berjuang, Asas Kekuatan Jemaah, Pemimpin Yang Adil, Masyarakat Islam, Mari Mara, Kawan, Sunnah Berjuang 2, Pilihlah Pemimpin, Ya Shababul Islam dan Para Mujahid.

Semua lagu ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan NadaMurni pada era 1980-an.

Semasa pelancaran album Inilah Jalan Kita. Ihsan: Qathrunnada

Album Inilah Jalan Kita merupakan terbitan sepenuhnya Qathrunnada Entertainment dan edaran AFT Marketing yang berpusat di Negeri Sembilan. Album ini telah dilancarkan semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Albab Family Trading (AFT) pada 25 November 2018.

INILAH JALAN KITA: SATU ULASAN

Album ini dimulakan dengan lagu Inilah Jalan Kita. Rasanya susah nak cari sebuah album nasyid yang benar-benar nasyid. Bunyi perkusi disertai muzik moden merancakkan lagi album ini.

Permulaan trek Inilah Jalan Kita akan menyebabkan pencinta nasyid akan terus mendengar album ini hingga ke trek terakhir. Bagi peminat 'otai' NadaMurni, sudah pasti terubat sedikit rasa rindu apabila mendengar album ini.

Kualiti audio album ini tidak mengecewakan. Namun kualiti kulit album ada sedikit kekurangan. Pemilihan warna terlalu gelap menyebabkan gambar pada kulit album kurang jelas.

Ketiadaan buku lirik album ini menyebabkan peminat-peminat baru Qathrunnada tidak dapat menghayati lirik lagu dengan teliti. Diharapkan untuk masa akan datang, Qathrunnada akan menyediakan buku lirik.

Album Inilah Jalan Kita bukan sahaja diterbitkan dalam bentuk cakera padat tetapi turut diterbitkan secara digital di iTunes, dan Spotify. 4 bintang untuk album ini.- WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages