Sokongan para peminatnya terutama Fitri's Family menyebabkan Fitri Haris tampil dengan album terbarunya, Fitri Haris 2018.
Kelahiran album terbaru Fitri Haris ini mungkin kurang disedari oleh ramai pihak memandangkan cetakan album ini difahamkan hanya melibatkan 1000 unit sahaja.
Album Fitri Haris 2018 merupakan album 'rebrand' bagi album Garis Takdir yang telah diterbitkan pada tahun 2016. Dan langkah Fitri Haris menerbitkan semula album ini adalah untuk mengetengahkan kembali bakatnya kepada umum.
![]() |
| Album Fitri Haris 2018 |
Album ini diterbitkan oleh Fitri Haris menerusi labelnya, Niyat Edutainment. Manakala pakaian rasmi Fitri Haris ditaja oleh Haqqi.
FITRI HARIS PERLU 'SENGAT' YANG LEBIH BERBISA
Apabila mendengar album Fitri Haris 2018, sejujurnya ada sedikit rasa kurang 'enak'. Kekuatan vokal Fitri Haris yang terserlah dalam GGV2 yang lalu,seolah kurang menyerlah dalam album kali ini.
Beberapa buah lagu menyengat dalam album ini. Antaranya ialah Wahai Kekasihku, Hanya Tuhan Yang Tahu 2018, dan Jangan Ada Benci 2018. Manakala lagu Suara Azan merupakan lagu lama yang dimuatkan dalam album kali ini.
Bagi lagu-lagu yang lain, kedengaran seperti kurang menguji kekuatan vokal Fitri Haris. Kelemahan memuatkan lagu-lagu baru yang 'menyengat' menyebabkan album Fitri Haris 2018 seperti kurang enak didengar.
Album ini mungkin sekadar satu usaha memperkenalkan semula Fitri Haris dalam arena hiburan. Dengan cetakan dan promosi secara indie, sudah pasti album ini tidak dipasarkan secara meluas.
Walau bagaimanapun, album ini bukanlah bermaksud sebuah album yang gagal. Susunan lagu yang rancak dan relaks seperti lagu Epilog Seorang Manusia menyerikan album ini.
Secara keseluruhan, album ini merupakan langkah awal untuk Fitri Haris bangkit semula dalam arena hiburan. Untuk masa akan datang, dicadangkan buat Fitri Haris menggunakan khidmat komposer yang lebih power dalam memastikan kekuatan vokal Fitri Haris tidak lenyap.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.