Cuti merupakan satu nikmat yang disukai majoriti umat manusia. Di Malaysia, secara umumnya mempunyai banyak cuti umum.
Bagi negeri Pahang, tarikh 7 Mei setiap tahun merupakan cuti umum yang dikenali sebagai Hari Hol Pahang. Tatkala bercuti, tak ramai antara kita yang cuba mengkaji peristiwa disebalik tarikh cuti tersebut.
Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini.
Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Sultan Abu Bakar. Serentak dengan hari pemakaman Sultan Abu Bakar itu, semua jabatan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari.
SULTAN ABU BAKAR BERJIWA RAKYAT
Semua kegiatan ekonomi yang baru tidak dapat dijalankan, justru itu negeri Pahang terus mengalami masalah kewangan dan sekaligus melambatkan pertumbuhan ekonominya. Tanaman getah juga tidak banyak diusahakan masa itu. Para petani lebih berminat menanam padi dan tanaman makanan lain, justeru itu keadaan hidup penduduk tidak banyak berubah.
Corak pemerintahan Sultan Abu Bakar lebih sederhana jika dibandingkan dengan pemerintahan Sultan Ahmad Bendahara Tun Ali 1882 -1914 . Pemerintahnya lebih memberi penekanan kepada perkembangan ekonomi dan sosial. Pembukaan kawasan pertanian baru, lombong-lombong bijih timah, disamping pembinaan jalanraya, sistem perhubungan dan sekolah diutamakan. Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, daerah, kampung- kampung untuk bersama-sama dengan rakyat jelata.
Semasa remajanya, Baginda mempunyai kegemaran dan minat dalam seni budaya seperti Gamelan, Zapin, Inang, Canggong, Cinta Sayang hinggalah tarian- tarian moden yang lain. Pada tahun 1972, Baginda telah membawa balik Gamelan ke Negeri Pahang yang telah dibeli dari Tengku Mariam, ibu saudara Baginda dari Terengganu. Selain itu, Baginda juga begitu aktif dalam lapangan sukan seperti permainan Polo, Tenis, Lumba Kuda, Lumba Perahu, dan sebagainya.
Baginda juga turut menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada ketika itu.
![]() |
| Askar Wataniah. Sumber: BLOG |
Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar merupakan pengasas kepada angkatan Wataniah dan Force 136 semasa pendudukan Jepun. Al-Marhum baginda juga merupakan raja melayu tunggal yang berjuang menentang pendudukan Jepun sehinggakan al-marhum baginda pernah dikenakan tahanan di Ladang Sungai Jerik (Tong Kiat), Maran.
Pada 7 Mei 1974, KDYMM Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah telah mangkat di Istana Peninjau, Pekan pada usia 70 tahun dan telah menjadi Ketua Negeri Pahang selama 42 tahun. - WARTAKOPI





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.