Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

08 May 2019

Akhirnya Parti PUTRA Diluluskan!

Logo PUTRA. Sumber: Facebook

Setelah penantian sejak 17 Ogos 2018, akhirnya pendaftaran Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Kelulusan dibuat mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

PUTRA ditubuhkan oleh Ibrahim Ali selaku Presiden parti dan dibantu oleh Khalid Yunus selaku Timbalan Presiden UMNO.

Ibrahim Ali merupakan bekas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) manakala Khalid Yunus merupakan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Penubuhan parti ini dibuat ekoran desakan pelbagai pihak terhadap Ibrahim Ali yang tidak puas hati dengan hal berkaitan bumiputera yang "dalam keadaan yang cukup bercelaru".

Semasa penubuhan PUTRA pada 17 Ogos 2018, Ibrahim Ali menyatakan bahawa lambang PUTRA adalah tanjak,simbol untuk bangsa Melayu.

Semasa penubuhan PUTRA pada 17 Ogos 2018.

“Dengan lafaz bismillah saya mengumumkan penubuhan parti baru dengan nama Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan berlambangkan logo tanjak,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Pada pilihanraya umum (PRU) ke-14, beliau yang mesra dengan panggilan Tok Him melakukan percubaan untuk kembali ke arena politik apabila bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Pasir Mas, tetapi hanya berjaya mendapat 5,373 daripada 71,222 undi.

 Pada 17 Ogos 2018, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden PERKASA selepas mengetuainya sejak mengasaskannya pada 2008.- WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages