Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

05 May 2019

Nasyid Fresh Bukan Biasa-Biasa!

ALBUM: NASYID FRESH
BINTANG: 5 BINTANG
Kehadiran pelbagai single terbaru nasyid ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak sehinggakan ada beberapa buah lagu yang tak sedar akan kewujudannya.

Tambahan pula pasaran zaman ini yang lebih menggunakan platform digital berbanding menerbitkan album secara fizikal.  Malah kelemahan syarikat rakaman untuk mempromosikan lagu yang diterbitkan, kurang promosi sedangkan lagu tersebut boleh 'pergi jauh'.

Atas faktor tersebut, Inteam Records telah mengambil langkah bijak dengan menghimpunkan 13 buah single nasyid dalam satu album fizikal. Secara tak langsung, peminat nasyid lebih tahu kehadiran lagu-lagu ini di persada hiburan Malaysia.


LAGU-LAGU YANG MEMANG FRESH!

Album Nasyid Fresh menghimpunkan 13 lagu dengan 13 artis berbeza. Dan semua lagu dalam ini nyata tak membosankan pendengar.

Dimulakan dengan lagu Dia oleh Inteam. Nama Inteam rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau nama pun dah gah, pasti lagu turut gah. Trek kedua, Ittihad (Rabbani).Walaupun nama Rabbani sedikit pudar setelah pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, namun Rabbani tetap cekal. Single Ittihad membuktikan Rabbani masih mampu bersaing apabila berjaya menjadi johan untuk beberapa minggu dalam Carta Nasyid IKIM.fm.

Seterusnya, lagu Arehna Ya Bilal (Maliq Suhaimi). Nama Maliq Suhaimi memang kurang dikenali. Namun setelah mendengar lagu ini, nyata Maliq Suhaimi ada aura tersendiri. Suaranya persis suara Allahyarham Asri (Rabbani).

Disember (Fadzli Fareast) memang mengejutkan. Nama Fadzli Fareast cukup sinonim dengan rentak taranum. Namun Disember menampilkan muzik yang segar, ala-ala geng BBNU (Budak Baru Nak Up). Untuk lagu ini, 5 bintang diberikan!

Trek-trek lain seperti Salam Rindu (Fathi Naim), Bahasa Rindu (FINE), Kitakan Sekampung (Daqmie & Tisya), Shamun al-Ghazi (Al Manna), Bertemu Semula (ReUNIC), Hanya Tuhan Yang Tahu 2018 (Fitri Haris), Kasorga (Mestica), Seindah Memberi (Azadan Aziz), dan Terima Kasih (Marhaen).

Semua lagu dalam album ini sememangnya fresh! Tak rugi kalau para pendengar membeli album ini. - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages