Lama tak dengar khabar mengenai kumpulan Generasi Harapan (GH). Kali terakhir difahamkan bahawa GH pernah terbitkan album bertemakan Hari Raya Aidiladha pada tahun 2018 iaitu Haji, Hakikat Sebuah Pengorbanan.
Album tersebut diterbitkan secara pasaran digital saja.
Namun untuk tahun 2019, GH membuat kemunculan dengan menerbitkan sebuah album baru. Kali ini GH tampil dengan sebuah album rakaman live mereka semasa GISB International Islamic Business Forum 2019 (GIIBF2019).
GIIBF 2019 telah diadakan di Hotel Marriott Putrajaya pada 11 hingga 13 Februari 2019. Forum ini merupakan anjuran Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISB Holdings).
Album Generasi Harapan Live merupakan himpunan persembahan GH semasa GIIBF 2019 berlangsung.
GH IMBAU KENANGAN NASYID OTAI
Dalam album ini, GH telah mempersembahkan 15 buah lagu nasyid otai yang pernah dipopularkan oleh kumpulan NadaMurni suatu ketika dahulu.
Kebolehan GH dalam menyanyikan lagu secara live sukar dinafikan. Malah melodi secara percussion dan moden menaikkan lagi 'roh' lagu yang dipersembahkan.
Dalam album ini, GH telah memulakan persembahan mereka melalui alunan lagu Allah & Rasul. Kemudian trek lagu dalam album ini diteruskan dengan lagu-lagu berkonsepkan ekonomi, perjuangan dan kasih sayang, sesuai dengan konsep forum GIIBF2019 itu sendiri.
Antara lagu-lagu dalam album ini ialah Ekonomi Islam, Islam Hidup Matiku, Thola 'Al Badru 'Alaina, Tangisan Nabi, Islam Is My Everything, Sajak 3 Bahasa, Love & Care, Rindu Rasul, Kullunnas, Wahai Jiwa, Maulana, Promise, Dunia Baru Islam dan Beauty of Islam.
Semua lagu in merupakan lagu lama yang dinyanyikan semula.
Secara keseluruhan, album ini memuaskan. Namun perlu diperbaiki misalnya dari aspek audio. Walaupun rakaman live namun audio perlu di'mastering' lagi supaya lebih jelas didengar terutama dalam bentuk cakera padat.
Dan kalau dapat, selitkan buku lirik dalam album. Pengumpul album secara fizikal (CD) sememangnya inginkan buku lirik sebagai pelengkap koleksi. Album ini diterbitkan oleh Akademi GH Sdn Bhd dan diedarkan oleh GISB Holdings dan Ikhwan TV
Untuk album Generasi Harapan Live, ia diterbitkan secara 2 dalam 1. Ada cakera padat dan ada DVD yang dipekkan bersama. Album ini sesuai untuk pencinta nasyid yang rindukan nasyid-nasyid otai! - WARTAKOPI
Post Top Ad
Your Ad Spot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
WARTAKOPI merupakan portal berita yang memaparkan perkembangan semasa hiburan positif, isu semasa, dan info-info pilihan.





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.