Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

16 May 2019

Sinar Terindah Daripada Wani Syaz & Wany Hasrita


Memiliki dua nama yang hampir sama, bernaung di bawah syarikat sama serta tak banyak mencetuskan kontroversi. Itulah antara kriteria yang ada dalam diri dua artis wanita, Wani Syaz dan Wany Hasrita.

Persamaan yang ada itu turut menjadikan hubungan dua artis FMC Music ini ibarat adik-beradik.

Imej bertudung dan sopan turut menjadikan mereka berdua sebagai model ikutan buat remaja di negara ini. Walaupun bukan memegang status sebagai artis nasyid, namun imej Wani Syaz dan Wany Hasrita menyebabkan adanya permintaan untuk mereka merakamkan lagu berkonsepkan ketuhanan.

Sesuai dengan bulan Ramadhan tahun ini, dua artis muda ini menunaikan permintaan para peminat apabila tampil dengan lagu Sinar Terindah.

Dilancarkan di laman Youtube pada 6 Mei 2019, Saat Terindah telah mencatatkan bilangan penonton seramai lebih 11 ribu orang dalam tempoh sepuluh hari. Sudah pasti menjadikan lagu ini antara pilihan pendengar.

Menariknya, lagu berkonsepkan ketuhanan itu hasil ciptaan mereka iaitu Wani Syaz bertindak selaku komposer dan lirik nukilan Wany Hasrita.

Difahamkan lagu Sinar Terindah mengisahkan tentang dua beradik yang merindui arwah ibunya. Mereka saling terkenang kenangan bersama arwah ibunya.Wani Syaz sebagai seorang adik, merasakan dirinya banyak berdosa terhadap arwah ibu manakala Wany Hasrita sebagai seorang kakak kepada Wani Syaz,yang menjaga adiknya selepas ibunya meninggal dunia.

Kedua beradik ini sentiasa memohon supaya Allah memberi petunjuk,taqwa dan hidayah kepada mereka agar tidak terhanyut lagi dari menyembah Allah sehingga nafas mereka terhenti.

Kisah sedih ini boleh dihayati menerusi klip video Sinar Terindah.


Dalam komen di laman Youtube, Wani Syaz telah merakamkan penghargaan kepada peminat atas sokongan dan penerimaan terhadap lagu ini.

Komen Wani Syaz dalam laman Youtube

Nama Wany Hasrita makin menyerlah apabila berjaya merangkul Bintang Paling Popular ABPBH 2017 manakala nama Wani Syaz mula dikenali selepas kehadiran beberapa lagu seperti Alhamdulillah, dan Pendusta Cinta.

Sinar Terindah boleh dimuat naik melalui platform Itune, Spotify dan sebagainya. - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages