Nama Raihan sudah pasti dikenali ramai terutama mereka yang pernah membesar semasa era kegemilangan kumpulan nasyid itu pada tahun 1997-2000.
Namun nama Raihan seolah tenggelam selepas vokalis utamanya, Nazrey Johani, mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut. Sejak itu, Raihan seperti tiada album baru untuk diketengahkan.
Tahun 2019, Raihan tampil dengan sesuatu yang baru. Kali ini, Raihan bergandingan bersama penyanyi Alif Satar sebagai come back mereka.
Kolaborasi dua artis aliran muzik berbeza ini melahirkan lagu Sesungguhnya 2019. Lagu ini merupakan lagu lama yang diberi nafas baru. Sesungguhnya merupakan salah sebuah lagu yang pernah mengangkat nama Raihan suatu ketika dahulu menerusi album sulung mereka, Puji-Pujian pada tahun 1997.
Keberanian Raihan untuk come back bersama Alif Satar nyata berbaloi. Sesungguhnya 2019 yang mula dimuat naik di laman Youtube pada 9 Mei 2019, mendapat sambutan daripada para pendengar.
![]() |
| Sesungguhnya2019 cecah lebi 2 juta penonton. |
Dalam tempoh seminggu di laman Youtube, Sesungguhnya 2019 mencatat bilangan penonton mencecah lebuh 2.22 juta penonton.
TERIMA SAMBUTAN HANGAT WARGA MAYA
Warga maya (netizen) turut memberikan komen yang positif di atas kelahiran single ini.Malah ada kalangan netizen yang bukan beragama Islam, turut menerima lagu ini.
"Best lagu nasyid ni.Menusuk kalbu.Saya bukan orang (beragama) Islam tapi nampak lagu ni trending dan viral (maka) saya dengarlah sampai habis..Keep it up Alif dan Raihan,"coret Cerrel Sylvinee.
"Serious best! Lagi-lagi Alif yang cover.Tenang jer dgr. I'm not Muslim but I keep repeat this song again and again,"coret Feddelia Dujung.
Selain itu, salah seorang anggota nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ubaidullah turut mengucapkan penghargaan kepada Raihan dan Alif Satar.
![]() |
| Komentar Ustaz Mohd Asri Ubaidullah. |
Sesungguhnya 2019 merupakan ciptaan sepenuhnya oleh vokalis asal Raihan, Narey Johani. Bagi versi 2019 ini, ia diedarkan oleh Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd bagi pasaran digital.
Dengan penerimaan Sesungguhnya 2019 ini, sudah pasti ada peminat yang inginkan Raihan kembali buat come back bersama Nazrey Johani. Hanya masa yang menentukan. Sama-sama kita doakan! - WARTAKOPI.





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.