![]() |
| Album PELAPIS: Doa & Lagu, sesuai untuk kanak-kanak. |
Kelahiran album nasyid kanak-kanak kurang sejak kebelakangan ini. Peranan edutainment seolah-olah telah diambil alih oleh animasi tempatan seperti Upin & Ipin, Omar dan Hana, Didi & Friends dan lain-lain lagi.
Namun, itu bukan penyebab untuk sebuah kumpulan nasyid ini untuk tampil dengan konsep edutainment. Kumpulan PELAPIS hadir dengan album sulung mereka, Doa & Lagu yang berkonsepkan edutainment sepenuhnya.
Akronim PELAPIS berasal daripada perkataan Penyanyi Lagu-Lagu Pendidikan Islam, sesuai dengan konsep edutainment yang dibawa oleh kumpulan ini.
Album Doa & Lagu ini merupakan sebuah album terbitan Karya Mosus milik penyanyi nasyid Suhaimi Saad. Suhaimi Saad turut bertindak sebagai penerbit untuk album ini.

Menariknya, semua anggota PELAPIS ini merupakan adik-beradik, iaitu anak kepada Suhaimi Saad dan Diana Naim. Mereka ialah Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri dan Phyrosh Elfadwah.
Penubuhan kumpulan ini pernah dinyatakan oleh Suhaimi Saad dalam laman Facebooknya bertarikh 5 Mac 2019.
"SS (Suhaimi Saad) namakan mereka sebagai "PELAPIS" (PEnyanyi LAgu lagu Pendidikan ISlam). Bukan kuih lapis. Doakan yang baik baik ya,"ujar Suhaimi Saad secara berseloroh di Facebooknya.

Album Doa & Lagu memuatkan sepuluh trek iaitu Rukun Islam, Doa Keuar Rumah, Rukun Iman, Doa Selepas Solat, 10 Malaikat, Doa Pagi, 25 Rasul, Selawat Ibrahimiyyah, Bulan-Bulan Islam dan Tasbih Kaffarah.
Vokal PELAPIS nyata mempunyai harmoni tersendiri. Malah lagu-lagu dalam album ini sesuai untuk anak-anak kecil menghafal perkara-perkara asas dalam Islam.
Namun begitu, durasi masa untuk setiap trek yang singkat menjadikan album ini terlalu ringkas. Baru nak hayati, terus habis satu album. Faktor kos mungkin antara faktor utama bagi persoalan ini.
Bakat yang ada pada PELAPIS perlu digunakan sebaik mungkin dalam album berkonsepkan edutainment ini. Jika boleh, perbanyakkan bilangan trek atau panjangkan sedikit durasi setiap trek.
Rakaman album ini telah diadakan di Rayyan Studio, Kota Bharu, Kelantan.
Album PELAPIS, Doa & Lagu boleh didapati secara terus daripada Karya Mosus. - WARTAKOPI

No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.